Wednesday, November 16, 2016

ARAFAH



Wuquf di Arafah menjadi rukun haji. Sekiranya tidak wuquf di Arafah hajinya tidak sah. Dalam mazhab Syafie waktu wuquf di Arafah bermula daripada gelincir matahari pada hari yang ke-9 sehingga naik fajar hari yang ke-10. Sekiranya ada orang yang tidak sempat wukuf maka hajinya hendaklah dikodar pada tahun berikutnya.

Bermalam di Muzdalifah dikenali wajib haji. Ibadat haji berbeza dengan ibadat lain. Jika tidak ditunaikan rukun maka haji tidak sah tetapi ‘wajib’ jika tidak ditunaikan hajinya sah dan kena bayar dam.

Berada di padang Arafah merupakan rukun yang penting ibadat haji. Sabda Rasulullah s.a.w. haji itu Arafah. Arafah satu padang terletak di luar Mekah yang dikenali padang Arafah.

Mengapa dinamakan Arafah (Arafat)?

Perkataan Arafat bermakna pengenalan atau pengertian. Mengikut sejarah padang ini dinamakan padang Arafah apabila malaikat Jibril mengajar nabi Ibrahim a.s. mengerjakan ibadat haji. Lalu dibawa ke padang Arafat dan Jibril tanya nabi Ibrahim: “Arabta, arabta, arabta: Kenal, tahu”. Nabi Ibrahim kata: “arabtu, arabtu: Saya tahu”

Daripada perkataan arabtu arabta inilah lahir perkataan Arafat maka padang ini dikenali dengan padang Arafat

Riwayat kedua mengatakan sebab dinamakan padang Arafat ialah kerana para jamaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di situ dan mereka berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Mereka berhimpun dengan pakaian ihram tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Bila mengerjakan haji mesti berada di Arafat dalam keadaan memakai pakaian ihram dan mereka berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Berkenal-kenalan inilah disebut dalam bahasa Arab dengan Arafat.

Ada ulamak mengatakan sebab dinamakan Arafat ialah apabila Adam dan Hawa dihalau dari syurga. Adam dihantar ke Sri Lanka, di bukit Surandi dan Hawa dihantar ke Jedah. Mereka berpisah dalam masa beberapa lama. Kemudian Allah menemukan semula mereka di Arafat. Tempat bertemu semula di antara Adam dan Hawa selepas mereka dihalau dari syurga. Ini mengikut pendapat sesetengah para ulamak.

Itu dari segi sejarah.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment