Wednesday, November 16, 2016

TAHUN KE-9 HIJRAH MULA WAJIB HAJI



Ketika Rasulullah mengerjakan haji selamat tinggal (wadak) bersabda: “Ambillah daripada aku cara ibadat haji kamu.”

Bila dengar nabi hendak pergi haji tahun itu maka berduyun-duyun orang Islam dari seluruh pelusuk semenanjung negara Arab dengan kenderaan masing-masing hendak pergi haji. Mereka yang belum tengak nabi hendak tengak nabi dan ada kalangan mereka hendak melihat ibadat haji yang betul. Ini berlaku dalam tahun ke-10 Hijrah.

Tahun ke-9 bermulanya wajib haji nabi tidak pergi Mekah, nabi suruh Abu Bakar pergi kerana pada masa itu masih lagi bercampur aduk dengan orang-orang yang kafir. Macam-macam jenis kelakuan. Orang perempuan berpakaian tidak senonoh membuat haji juga. Bahkan menjadi amalan jahiliah, mereka bertowaf di ka’abah dalam keadaan bertelanjang.

Abu Bakar tahun itu mengisytiharkan tidak dibenarkan bertelanjang, tidak dibenarkan lagi mengerjakan amal jahiliah.

Saidini Ali pula diarahkan supaya mengikut Abu Bakar membaca surah Baraah mengisytiharkan bahawa selepas itu orang kafir tidak dibenarkan lagi masuk ke Mekah.

Maka tahun ke-10 Rasulullah s.a.w sendiri mengerjakan haji dan diikuti lebih kurang seratus ribu para sahabat dan nabi bersabda: “Ambillah daripada aku cara ibadat haji kamu.”

Wuquf di Arafah dan bermalam di Muzdalifah dilakukan oleh nabi s.a.w.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment