Wednesday, November 16, 2016

HAJI AKBAR/HARI ARAFAT



Hari Arafah disunatkan berpuasa, hari yang mempunyai fadilat dan disebut dengan ALYAUMUL HAJJUL AKBAR, hari haji Akbar. Semasa wuquf setiap saat dikira ibadat walaupun duduk saja-saja. Apatah lagi berzikir berdoa dan sebagainya. Doa semasa wuquf tersangat mustajat.

Para ulamak mengatakan dimaksudkan dengan hari haji Akbar itu ialah hari Arafat. Sesetengah ulamak mengatakan hari haji Akbar itu ialah hari Nahar iaitulah hari raya Haji. Bukannya wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat.

Sangat masyhur di sisi orang kita bahkan ramai di kalangan orang Islam bila wuquf Arafah jatuh pada hari Jumaat maka hari haji Akbar.

Sebenarnya hari haji Akbar ini ialah tiap-tiap tahun dan tidak semestinya hari Jumaat. Mengikut istilah al-Quran “ALYAUMUL HAJJUL AKBAR ialah hari Arafat dan mengikut satu riwayat lagi ialah hari yang kesepuluh daripada Zulhijjah.

Maknanya barangsiapa yang wuquf di Arafah itulah haji Akbar. Tidak kira hari apa. Bukan semestinya hari hari Jumaat.

Ada cakap-cakap kalau wuquf jatuh pada hari Jumaat maka haji Akbar. Mereka kemuka pula hadis. Hadis itu hadis maudak iaitu hadis palsu. Hadis yang disebut dalam kitab Bihanatussalihin, kitab fikah yang menyebut sabda nabi s.a.w barangsipa yang wuquf hari Jumaat maka dapat haji Akbar. Ini bukan hadis. Ditahkikkan oleh ulamak hadis kitab itu silap.

Kitab bukan semesti betul. Kitab karangan manusia ada kelemahan dan tidak dipelihara oleh Allah. Hanya Quran dipelihara oleh Allah Ta’ala

Tidak dinafikan hari Jumaat itu ada fadilatnya. Menamakan wuquf Arafah pada hari Jumaat haji Akbar tidak betul dari segi istilah al-Quranul Karim.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment