Wednesday, November 16, 2016

TALBIAH



Apabila para jamaah haji memakai ihram mereka disunatkan bertalbiyah iaitu menyebut LABBAIKA ALLAHUMMA LABBAIK, LABBAIKA LA SYARIKA LAKA LABBAIK, INNAL HAMDA WANNI’MATA LAKA WAL MULK. LAA SYARIKA LAK.

LABBAIKA ALLAHUMMA LABBAIK: Ya wahai tuhanku, ya wahai tuhanku

LABBAIKA LA SYARIKA LAKA LABBAIK: Ya tidak ada sekutu bagi-Mu. Tidak ada sekutu bagi Allah yakni pada zat-Nya, sifat-Nya, nama-Nya dan segala perkara menjadi milik Allah Ta’ala. Tidak ada sekutu, tidak ada tandingan dan tidak ada bandingan. Allah Ta’ala sahaja yang Maha Esa.

Bukan sahaja tidak boleh menyembah berhala tetapi termasuklah tidak boleh memakai hukum-hukum yang lain daripada hukum yang ada di dalam Quran dan kitab Allah yang diajar oleh nabi Muhamad s.a.w.

Memakai hukum hakam yang lain daripada hukum Allah adalah syirik iaitu menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dari sifat-Nya. Quran adalah kata-kata Allah Ta’ala. Kata-kata adalah sifat.

Pergi ke Mekah belaka, LABBAIKA ALLAH belaka, balik ke tanah air syirik pula.

Syirik bukan sahaja menyembah berhala. Syirik termasuklah percaya kepada hukum hakam, undang-undang dan peraturan yang lain daripada hukum Allah Ta’ala.

Apa yang penting ialah bersih daripada syirik.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment