Wednesday, November 16, 2016

BERBEZA PENDAPAT



Berbeza pendapat dan berlaku pertelingkahan merupakan tabi’ manusia semenjak nabi Adam a.h. Kadang-kadang sampai peringkat berperang.

Teori filsafah barat yang dianuti oleh tokoh-tokoh besar di negara kita ini kononnya hendak menghapuskan peperangan. Itu merupakan keadaan tabi’ yang mustahil dapat dihapuskan.

Apa yang diajar oleh Allah ialah pendekatan untuk mewujudkan suatu yang adil di dalam masyarakat khususnya di dalam kumpulan Islam sendiri. Al-Quran mengajar kepada kita bahawa dalam kehidupan manusia ada perkara asas atau dasar yang kita tidak boleh bertelingkah dan tidak boleh bertolak ansur.

Satu lagi ialah perkara cabang yang kita boleh berbeza pendapat. Kita mesti bertegas dalam perkara dasar dan boleh bertolak ansur dalam perkara cabang.

Dalam sejarah Islam sejak nabi s.a.w. berlakunya perbezaan yang seperti ini tetapi dapat ditangani dengan petenjuk al-Quranul Karim.

Firman Allah Ta’ala: “Maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah dan rasul. Itulah sebaik-baik penyelesaian sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.”

Itu dalam perkara yang ada nas. Dalam perkara yang tidak ada nas bagaimana kita hendak rujuk jika ada pertelingkahan.

Nabi menyebut: “Barangsiapa yang memberi satu pendapat secara bersungguh dan pendapatnya betul maka ia mendapat dua pahala. Barangsiapa yang memberi satu pendapat secara bersungguh tetapi pendapatnya salah maka ia mendapat satu pahala.”

Di sinilah para ulamak mazhab dalam Islam bertelingkah antara satu sama lain tetapi tidak melibatkan perpecahan di dalam umat. Bahkan perpecahan politik berlaku di kalangan umat Islam yang mencetuskan peperangan di sepanjang sejarah selepas khulafah ar-Rasyidin yang melahirkan golongan Sunnah, Syiah dan Khawarais tidak membantut perkembangan Islam di seluruh dunia dan Islam terus menjadi kuasa besar.

Apa yang menjadi di zaman mutakhir apabila orang-orang Islam melahirkan agamanya. Perbezaan pendapat yang berlaku dalam pejuang Islam di Malaysia semenjak tahun 1960han. Perbezaan pendapat berlaku akibat pelbagai jenis manusia dalam bahtera perjuangan.

Ada yang disebut dalam al-Quran: ada yang maju pemikirannya, ada yang sederhana pemikirannya dan ada yang menzalimi dirinya sendiri duduk dalam bahtera perjuangan juga. Golongan oportinis dan bermacam-macam lagi ada dalam bahtera. Kita menangani masalah ini berdasarkan kepada konsep yang disebut di atas.

Dalam perkara dasar pimpinan tidak berganjak. Dalam perkara cabang yang berbeza pendapat kita bermesyuarat. Bila jadi satu keputusan mesyuarat keputusan itu diterima dan kita tidak berpecah. Jika ada yang berpecah itulah mereka yang tolol dalam bahtera perjuangan dan keluarlah dia daripada perjuangan.

Bahtera perjuangan terus selamat.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment