Beriman
dengan hari akhirat adalah termasuk di dalamnya berhubung dengan tanda-tanda
kiamat sama ada yang besar ataupun yang kecil dan segala mukadimah kiamat
seperti yang tersebut di dalam al-Quran dan hadis nabi SAW.
Beriman
kepada hari akhirat bermakna kita percaya bahawa dunia ini ada ajal,
sebagaimana manusia ada ajal. Dunia ini akan dibinasakan bila tiba masanya.
Ahli sains
pun percaya bahawa dunia akan hancur lebur. Langit akan hancur lebur. Mereka
mengaku apa yang disebut dalam Quran dan hadis nabi SAW adalah benar.
Kita percaya
dengan tanda-tanda besar dan tanda-tanda kecil hari kiamat. Bagi orang hampir ajalnya ada
tada-tandanya. Mata menjadi kelabu, rambut uban, gigi luruh, kurang
pendengaran, ingatan berkurangan dan lain-lain. Begitu juga dunia, ada
tanda-tanda hampir ajalnya.
Musim
berubah-ubah dan manusia berlomba-lomba mendirikan bangunan-bangunan tinggi
sedangkan rakyat lapar pun ada. Banyak duit dibelanjakan untuk membuat bangunan
tinggi untuk kemegahan dan kekayaan. Ini adalah tanda-tanda hari kiamat.
Kelahiran nabi Muhamad SAW sebagai nabi akhir zaman juga merupakan
tanda-tanda besar hari kiamat. Nabi wafat melebihi 1400 tahun, sebab apa tidak kiamat lagi.
Umur dunia berbeza dengan umur kita manusia. Umur dunia juta-juta tahun, seribu
empat ratus tahun sejak nabi Muhamad dilahirkan adalah satu jangka masa yang
pendek.
Dunia kini berada di peringkat akhir. Orang Yahudi akan
dihapuskan adalah tanda besar hari kiamat. Mereka akan dihapuskan oleh umat
Islam. Hari ini mereka mendirikan negara Israil untuk berkumpul dan
dibunuh oleh orang Islam. Orang Yahudi mazhab Ortodox menentang penubuhan
negara Israil kerana mereka mengetahui wujudnya negara Israil bererti menggali
kubur sendiri. Tetapi golongan nasionalis berjuang untuk balik ke negeri nenek
moyang mereka yang asal. Negeri nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim adalah nenek
moyangnya.
Lahirnya Dajjal juga merupakan tanda besar hari kiamat. Dajjal
akan membawa ajaran yang bohong, yang menyeleweng daripada agama Allah dan yang
menggoda manusia. Barangsiapa yang mengikutnya akan diberi benda dan jika tidak
mengikutnya akan lapar. Dajjal akan lahir ketika dunia dalam keadaan bencana.
Kelahiran iman Mahdi adalah tanda besar hari kiamat. Iman
Mahdi ialah pemimpin daripada keturunan nabi Muhamad SAW. Orang Syiah kata akan
zahir iman Mahdi dan orang Sunni juga kata akan zahir iman Mahdi. Hadis
zahirnya iman Mahdi adalah hadis yang mutawatir (sahih).
Iman Mahdi daripada kumpulan ahli bait. Selepas wafatnya nabi
orang Islam berbalah mengenai kepimpinan. Satu pendapat mengatakan pemimpin
mesti daripada orang Islam tanpa mengira bangsa atau keturunan. Pendapat ini
dikemukakan oleh golongan Ansar. Satu pendapat lagi mengatakan pemimpin
mestilah golongan ahli bait, keluarga nabi SAW . Pendapat ini dikemukakan oleh
Abas, keluarga nabi.
Abu Bakar RA mengatakan pemimpin mestilah daripada Quraisy kerana
sabda nabi SAW, “Pemimpin daripada Quraisy”.
Akhirnya orang Islam bersepakat menerima Quraisy menjadi
pemimpin, iaitu orang Islam daripada Quraisy kerana Quraisy adalah kaum yang
paling berpengaruh.
Bila Quraisy tidak ada pengaruh, orang Islam bangsa Turkey menjadi
pemimpin. Di zaman Solahudin al-Ayubi, bangsa Kuldi ada pengaruh, orang
Islam daripada bangsa Kuldi yang alim yang ada pengaruh menjadi pemimpin.
Pendapat mengatakan tanpa mengira bangsa ialah pendapat Quaraisy.
Ini adalah pendapat golongan Ansar yang sudah dinafikan. Golongan Quaraisy
mengatakan asal Islam boleh menjadi pemimpin tanpa mengira apa bangsa atau
keturunan.
Syiah menyokong pendapat bahawa pemimpin sepanjang masa mestilah
ahli bait.
Oleh sebab itulah golongan Syiah menolak Abu Bakar, Omar dan
Othman kerana mereka ini bukan kalangan ahli bait. Pada hal Abu Bakar dan Omar
bapa mertua nabi dan Othman ialah menantu nabi. Syiah mengatakan zuriat
mestilah daripada Hasan dan Husin.
Bila akhir zaman lahirlah iman Mahdi. Iman Mahdi daripada ahli
bait maka orang Sunni dan Syiah akan bersatu balik.
Di Malaysia orang Melayu majoriti Islam, dalam keadaan yang ada
sekarang, pemimpinnya mestilah Islam berbangsa Melayu kerana lebih berpengaruh.
Antara tanda besar hari kiamat ialah turunnya nabi Isa AS. Orang Yahudi tidak berjaya
membunuh nabi Isa dan diangkat ke langit. Tetapi orang Kristian mengatakan
sudah dibunuh dan disolib. Quran mengatakan, “Dan mereka tidaklah membunuh nabi
Isa dan mereka tidak mensolibkan nabi Isa”. Orang lain yang dibunuh. “Allah
Ta’ala angkat nabi Isa ke langit. “
Para ulamak khilaf, ada yang mengatakan dia diangkat dalam keadaan
hidup, dan kaum dhaif mengatakan dia diangkat dalam keadaan nabi Isa dicabut
ruhnya.
Ada hadis mengatakan nabi Isa akan turun ke bumi di akhir zaman
adalah hadis yang mutawatir Hadis ini diriwayatkan oleh ramai para sahabat. Bila
hadis itu mutawatir maka kita wajib beriman kepadanya.
Nabi Isa akan turun dan akan bersama dengan imam Mahdi membunuh
Dajjal, membunuh orang Yahudi dan memerintah kerajaan Islam dengan syariat nabi
Muhamad SAW.
Tahun berapa imam Mahdi akan muncul adalah urusan Allah Ta’ala.
Ada orang hendak tunggu imam Mahdi baru hendak berjuang Islam. Ini satu
pandangan yang salah kerana jihad adalah berterusan hingga hari kiamat.
Berdakawah dan berjihad kena diteruskan selagi nyawa kita ada.
Akan berlakunya ya’juj ya wama’juj, satu kaum yang merosakkan
bumi. Satu puak akan keluar beramai-ramai yang menyerang dan membunuh di akhir
zaman sebelum dunia kiamat. Kemudian Allah Ta’ala akan membinasakan mereka.
Itu adalah tanda-tanda akhir zaman yang disebut dalam Quran dan
dalam hadis nabi SAW .
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment