Tuesday, November 1, 2016

AL-AZIZ (MAHA PERKASA)



Firman Allah Ta’ala suratul Hadid ayat 7 bermaksud, “Dan dialah yang maha perkasa lagi maha bijaksana”

Ayat ini dan banyak ayat Quran yang menyebut perkataan al-Aziz menandakan bahawa al-Aziz ialah satu daripada nama-nama yang terbaik yang menjadi milik bagi Allah Ta’ala.

Terjemahan dalam bahasa kita maknanya yang maha perkasa. Makna maha perkasa itu menurut Abu Sulaiman RA ialah yang maha menegak, yang tiada siapa pun yang dapat mengalahkannya. Maksudnya bila Allah Ta’ala menegah tiada siapa pun yang mangalahkan Allah Ta’ala. Bila Allah Ta’ala menghalang tiada sesiapa pun yang dapat membuat apa-apa walaupun kuasa-kuasa besar dunia, walaupun mereka yang bijak, yang pandai, yang gagah tidak boleh mengubah keputusan Allah Ta’ala untuk menegah daripada berlakunya sesuatu perkara.

Dan juga perkasa bermakna maha menang, tiada siapa pun dapat mengalahkannya. Kita melihat sendiri dalam sejarah manusia sejak nabi Adam AS banyak kuasa besar dunia tumbang lepas satu, satu walaupun kuasa besar itu menakluk dunia. Tidak ada siapa boleh lawan bila sampai ajalnya habislah kuasa-kuasa besar itu.

Kerajaan yang besar, pemimpin yang besar ada ajalnya iaitu selesai tempuhnya. Tetapi Allah Ta’ala kekal selama-lamanya, tiada siapa yang boleh mengalahkan-Nya, tiada siapa yang boleh menyekat Allah Ta’ala.

Ini menunjukkan Allah Ta’ala itu al-Aziz, Maha Perkasa selama-lamanya. Tetapi manusia dengan kadar yang terhad.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment