Contoh :
1. Isu langkah Kajang :
Kes Khalid Ibrahim, TGHH komited menyatakan
Tan Sri Khalid tidak bersalah, dengan menampilkan konsep Islam dalam
pertuduhan, akhirnya memang benar bila TSKI menang di mahkamah.
Sewaktu Presiden PAS mempertahankan Khalid
Ibrahim, setiap penjuru malah ahli PAS sendiri menghentam pandangan beliau.
Masih ramai yang gagal menjiwai seni politik hebat Presiden PAS.
2. Isu Bersih 4 :
Najib tidak patut digulingkan. Dulu ramai
yang sangkal, kononnya UG dan macam-macam label, tapi TGHH atas kefahaman
politik Islam beliau, menilai yang bobrok bukan Najib sahaja, tetapi sistem.
Sistem yang diwarisi zaman berzaman oleh UMNO, najib tidak lahir dalam PAS atau
PKR atau DAP. Akhirnya hari ni ramai yang menerima pendapat beliau. PKR dan DAP
dulu yang main zikir UG, hari ini terpaksa menjilat ludah sendiri.
Presiden PAS 10 tahun mendahului yang lain.
Namun sedihnya sekarang masih ramai yang
keliru dan ingin ambil jalan mudah. Dengan harapan jatuhnya Najib, maka
terselamatlah Malaysia. Sedangkan bila jatuhnya Najib sudah tentu penggantinya
dari bakul yang sama. Lalu sistem kebobrokan berkekalan. Talian hayat UMNO
berterusan di bantu oleh mereka yang tidak memahami konsep berpandangan jauh
Presiden PAS.
Lalu ramai yang berseronok apabila Tun
Mahathir turun bersama di jalanan sewaktu BERSIH 4. Sedangkan itulah taktik
licik UMNO untuk terus berkuasa bersama sistem kotornya. Namun "Melayu
Mudah Lupa". Dari bakul mana sebenarnya Tun Mahathir ini? yang mendapat
gelaran "Hero Ekpress".
3. Krisis Timur Tengah,
TGHH pernah ke Yaman, dan berjaya
menenteramkan persengketaan diantara kabilah disana, tapi tidak lama bertahan
sebab kejahilan orang arab disana dan termakan dakyah musuh Islam.
4. Pendekatan muwajahah silmiyyah.
Satu pendekatan politik Islam yang sangat
ditakuti oleh barat. PAS adalah satu-satunya yang memperkenalkan konsep ini.
CIA kerap kali cuba untuk memahami politik di negara kita, namun tidak berjaya
kerana seni politik Islam ini unik sehinggakan mereka pun terkeliru.
Itulah beberapa ide dan gagasan hebat serta pandangan jauh Presiden PAS.
Kehebatan itulah juga membuatkan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat menyayanginya sehingga akhir hayat.
Bangga Aku menjadi Ahli PAS.
dr DPPK
No comments:
Post a Comment