Patutkah Baiah ini dibuat, tidakkah ia kelihatan zalim dan kejam kepada isteri?
Jawapan:
Melihat kepada zahir sesuatu perkara tanpa
memahami tujuan kenapa perkara itu dibuat akan membuatkan kita tempang dalam
membuat penilaian.
Nabi menyuruh minum air yang dimasuki lalat
dengan merendamkan sepenuhnya lalat itu tidakkah kelihatan jijik?
Tetapi
apabila kita memahami tujuan kenapa dibuat maka kita akan mudah menerimanya.
Hidup di padang pasir yang sememangnya sangat
menghargai nikmat air walau segelas sudah cukup memadai dan menginsafkan kita
kepada keperluan dan kepentingan air daripada dibazirkan kerana seekor lalat.
Baiah disertai Taklik talak tiga kepada
isteri secara zahirnya kelihatan dahsyat dan zalim. Tetapi apabila kita
memahami tujuan dan sebab ia dibuat akan membuatkan kita menyedari kepada
keperluan Baiah sebegitu dibuat.
Sikap sebahagian manusia zaman sekarang yang
mudah menjual harga diri tanpa mempedulikan kepentingan orang lain sudah
menjadi lumrah kehidupan.
Terutamanya dalam politik, di mana
persaingannya cukup genting dan tidak mengira cara bagi menjatuhkan parti
lawan.
Untuk mereka yang biasa membaca sejarah Islam
zaman Imam Malik, mereka sedar baiah sebegini pernah berlaku.
Untuk mereka yang biasa berhadapan dengan
masalah nikah cerai di mahkamah Syariah, mereka juga menyedai hal ini biasa
berlaku.
Bahkan ada kes seorang lelaki yang melafazkan
taklik talak kepada isterinya jika dia menonton video lucah. Tujuannya ialah
untuk dia bertegas terhadap nafsu dirinya sendiri.
Dalam soal politik di Negeri Kelantan, umum
mengetahui bagaimana Kelantan cuba dijatuhkan sejak berzaman oleh tiga perdana
menteri namun tidak berjaya.
Bahkan Kelantan pernah berada di hujung
tanduk dengan kelebihan satu kerusi sahaja pada tahun 2004. Namun walau dengan
kelebihan satu kerusi ini, kerajaan Kelantan dapat bertahan sehingga ke akhir
penggal.
Sarjana Islam dalam Siyasah Shar'iyyah
sendiri menegaskan bahawa pemerintah berhak mencipta hukuman yang tegas sesuai
dengan perubahan jenayah masyarakat pada zamannya.
Zaman nabi Muhammad, Nabi melarang menghukum
manusia dengan membakarnya hidup-hidup.
Namun zaman Sayyidina Ali, beliau
memerintahkan hukuman bakar hidup-hidup bagi mereka yang terus berdegil
mempertuhankan Ali. Hukuman ini diperakui oleh sarjana Islam sebagai
bersesuaian dengan maslahah mengatasi jenayah tersebut.
Sekarang ini, timbul isu Baiah Taklik. Isu
ini timbul setelah mereka yang berbaiah taklik itu sibuk mahu menukar parti.
Mereka mempertikaikan kembali baiah taklik yamg pernah mereka sendiri lakukan.
Sepatutnya soalan PATUT atau TIDAK PATUT
baiah taklik ini tidak lagi menjadi persoalan kerana mereka sendiri telah
bertanding dalam pilihan raya beberapa kali menggunakan Baiah Taklik tersebut.
Seperti orang yang telah makan nasi dua tiga
pinggan kemudian bertanya kepada tuan rumah, patut atau tidak nasi tersebut
dihidangkan.
KEDUA:
Berlaku penafian oleh Tuan Guru Nik
Abdul Aziz sendiri ketika ditanya oleh wartawan tentang kewujudan Baiah Taklik
ini, macam mana?
Jawapan:
Mereka yang mengesahkan kewujudan
Baiah Taklik ini telah membuktikan kewujudannya. Maka penafian tentang
kewujudannya yang perlu dipersoalkan.
Apakah wartawan telah tersalah memetik
kenyataan, atau kenyataan yang dibuat itu di luar konteks yang sepatutnya atau
individu yang membuat penafian itu bercakap bagi dirinya sendiri yang tidak
perlu membuat Baiah Taklik tersebut atau pelbagai andaian lain lagi.
Soalnya perkara ini telah dibuktikan, justeru,
jika ada penafian yang dibuat, maka penafian itu yang perlu dipersoalkan.
Tambahan pula, individu yang dikatakan
mengangkat sumpah Baiah Taklik hanya mendiamkan diri yang menunjukkan bahawa
beliau sebenarnya memang pernah mengangkat sumpah Baiah Taklik tersebut. Tuan
punya badan yang terkena senyap, tiba-tiba penyokong yang tidak tahu apa-apa
sibuk mempertahankan.
KETIGA:
Bagaimana untuk membebaskan diri
daripada Baiah Taklik ini?
Mereka yang telah melakukan baiah taklik ini
dengan rela untuk menjadi wakil rakyat kepada PAS perlulah meletakkan jawatan
sebagai wakil rakyat iaitu memulangkan kembali amanah yang diwatikahkan kepada
mereka dengan cara yang sepatutnya.
Mereka bertanding mewakili PAS dan menang,
maka mereka perlu meletakkan jawatan yang dimenangi tersebut sebelum menyertai
parti lain tanpa menggunakan jawatan tersebut untuk mewakili parti lain pula.
Dengan cara ini, baiah taklik mereka akan
gugur dengan perletakan jawatan mereka. Mereka juga akan kelihatan lebih AMANAH
dan PROFESIONAL.
Wallahu'alam.
Sekian, wassalam.
Ahmad Fathi Muhammad
B.A & M.A Uni Qadi Iyyad
Marrakech. Morocco.
B.A & M.A Uni Qadi Iyyad
Marrakech. Morocco.
Anak Kpd Dr Muhammad Daud (Bekas Adun Tendong)
12:57 PM 3/9/2015
No comments:
Post a Comment