Soalan:
Apakah terdapat hadis yang
menceritakan kelebihan malam nisfu Sya’ban dan amalan yang patut dilakukan?
Jawapan:
Ya, terdapat hadith sahih mengenai
kebaikan malam nisfu Syaaban, tetapi amalan-amalan tertentu khas untuk malam
tersebut adalah tidak sabit daripada Nabi s.a.w. Antara hadith yang sahih
mengenai nisfu Sy`aaban adalah:
يطلع الله تبارك وتعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia
ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang
bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid
3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf).
Hadith-hadith tentang Nisfu Sya’ban
tidak mengajar kita apakah bentuk amalan khusus malam berkenaan. Oleh itu
amalan-amalan tertentu pada malam tersebut seperti baca yasin sempena Nisfu
Sya’ban, solat-solat khas tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam
menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan
daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk
menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu
seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.
Bahkan di sebahagian negeri, orang
ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca
surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang
lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca
do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan
tabi’ tabi`in).
Ianya satu do`a yang panjang, yang
menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang
maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar
yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan.
Sepatutnya kita melakukan ibadat
sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf,
segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang
diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang
sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah jilid 1, m.s.
382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Sumber: Fatwa Darul Ifta’
Al-Mishriyah
Tahun: 2006
Oleh: Mufti Besar Prof. Dr. Ali Jum'ah Muhammad
Tahun: 2006
Oleh: Mufti Besar Prof. Dr. Ali Jum'ah Muhammad
No comments:
Post a Comment