“Dan Allah memilih nabi Nuh AS”.
Allah memilih nabi Nuh menjadi rasul
yang pertama menentang syirik. Mengikut Ibni Abas RA manusia dalam keadaan
beriman sehingga seribu tahun selepas wafatnya nabi Adam AS.
Setelah nabi Adam wafat seribu tahun
maka berlakulah syirik. Ada manusia menyembah berhala, menyembah patung.
Mula-mula membuat patung untuk mengingati orang tua lama yang sudah mati. Untuk
mengingatinya maka membuat patunglah.
Hari ini membuat tugu, membuat tugu
peringatan, letak di tempat lalu-lalang yang sibuk di bandar-bandar. Mana yang
ada kemampuan dibuat patung di rumah.
Mula-mula membuat peringatan akhirnya
sembah. Akhirnya puja. Maka Allah Ta’ala mengutuskan nabi Nuh AS menjadi rasul
yang pertama berjuang dalam masa yang lama.
Berjuang selama sembilan ratus lima
puluh tahun.
“Dan Allah Ta’ala memilih di kalangan
keluarga Ibrahim”
Ibrahim juga dipilih oleh Allah Ta’ala
menjadi rasul yang menentang raja Namruk, raja yang mengamalkan diktator,
amalan kuku besi. Dia berkata dialah yang memerintah, dialah yang berkuasa, dia
boleh menghukum rakyat.
Nabi Ibrahim berkata, “Allah boleh
menghidup dan boleh mematikan”.
Namruk berkata, “Aku juga boleh
menghidup dan mematikan orang”. Lalu ditangkapnya dua orang di tengah jalan,
dibunuh seorang dan seorang lagi tidak dibunuh. Itu zalimnya Namruk.
Nabi Ibrahim menentang Namruk dan Allah
Ta’ala memilih di kalangan keluarga Ibrahim menjadi rasul untuk menegakkan
ajaran Allah. Ibrahim ialah antara semulia-mulia rasul dan semulia-mulia
makhluk ialah nabi Muhamad SAW. Daripada zuriat Ismail bin Ibrahim dilahirkan
nabi Muhamad SAW.
Allah Ta’ala memerintah puteranya
Ismail ke Mekah, tempat yang tidak ada air dan tidak ada tanaman, kering
kontan. Mengapa dihantar di situ, mengapa tidak dihantar di Amerika, di Jepun
atau di mana-mana tempat yang lebih selesa. Tetapi dihantar di Mekah, tempat
kering kontan. Ini untuk menunjukkan berkaitan dengan pembangunan manusia.
Bermula dengan kosong, dengan iman,
dengan ilmu, dengan akhlak, dengan petunjuk daripada Allah, maka rezeki akan
datang dengan berkat. Bukan subsidi dulu, bukan dengan benda dulu, bukan dengan
kesenangan dulu. Ini adalah petunjuk yang disebut dalam Quran.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment