Saturday, November 5, 2016

LARANGAN MENDAHULUI PUASA RAMADAN



Larangan puasa mendahului puasa Ramadan selepas separuh daripada bulan Syaaban melainkan kepada sesiapa yang menyambungkan puasanya dengan sebelumnya atau menepati adat kebiasaanya seperti menepati adat puasa pada hari Isnin dan Khamis

Sabda Rasulullah SAW, “Janganlah mendahului oleh seseorang kamu akan Ramadan dengan puasa satu hari atau dua hari melainkan bahawa adalah seseorang itu yang telah berpuasa dengan puasanya maka berpuasalah hari itu” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. 

Hadis ini melarang berpuasa separuh bulan Syaaban sebelum bulan Ramadan, kecuali bagi orang berpuasa sebelum lima belas Saaban, hari Isnin dan Kamis maka dia boleh berpuasa Isnin dan Kamis. Atau pun orang yang berpuasa selang sehari ataupun orang yang puasa kodar itu dibolehkan. 

Dimaksudkan di sini saja-saja puasa sunat sebelum Ramadan lepas lima belas Syaaban tidak dibolehkan.

Sabda Rasulullah SAW, “Dan dari ibni Abas RA katanya, Sabda Rasulullah SAW jangan kamu berpuasa sebelum Ramadan. Berpuasalah kamu kerana melihat anak bulan Ramadan dan berhari rayalah kerana melihat anak bula Syawal maka jika menghalang akan kamu oleh awan yang gelap sempurnakan bulan iaitu tiga puluh hari”. Hadis riwayat Tarmizi katanya hadis hasan dan sahih. 

Hadis menunjukkan tidak boleh puasa sunat sebelum Ramadan kecuali puasa yang disebut tadi. Hadis mengatakan hendak mengetahui bulan Ramadan kena tengak anak bulan. Untuk mengetahui hari raya kena tengak anak bulan juga. Hadis ini bagi menegaskan ulamak-ulamak yang mengatakan wajibnya rukyah melihat anak bulan.

Ada ulamak mengatakan boleh pakai hisab, tidak perlu tengak anak bulan. Pakai kedua-dua sekali gus lebih baik. Hisab pun pakai dan anak bulan tengak juga. Kecuali negeri-negeri yang duduk jauh di utara dan selatan. 

Macam mana hendak tengak, kalau musim sejuk dua puluh jam lebih malam. Dalam keadaan demikian bolehlah memakai hisab. Ada ulamak mengatakan boleh berpandu dengan negeri-negeri bertentangan dengannya.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Dan Abi Hurairah RA katanya Sabda Rasulullah SAW apabila tinggal lagi separuh daripada bulan Syaaban maka jangan kamu berpuasa”, hadis riwayat Termizi dan katanya hadis ini hasan dan sahih.

Hadis ini melarang berpuasa selepas separuh daripada bulan Syaaban kecuali yang terdahulu iaitu orang berpuasa sebelu nasfu Saaban., adat puasa sunat ataupun puasa kodar. 

Sabda Rasulullah SAW, “Dan dari Abi Yakozun, Ammar bin Yasir RA, Ammar berkata sesiapa yang berpuasa hari yang syak kepadanya maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada Abu Kosim RA, iaitu gelaran kepada nabi SAW”

Barang siapa yang berpuasa pada hari yang dia syak tidak tahu nampak anak bulan atau tidak maka dia telah derhaka kepada Abu Kosim, derhaka kepada nabi SAW. Di sini menunjukkan tidak boleh berpuasa pada hari syak. Biar nyata masuk bulan Ramadan. 

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment