Saturday, November 5, 2016

ISRAK DAN MIKRAJ – (Sumber: Kitab Jam’ul-Fawaa`id)



Perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril dan malaikat Israfil dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis (Palestine) dengan menaiki binatang bernama Buraq.

MIKRAJ 

Perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh (Hadhratul Qudus). Mikraj adalah nama tangga yang indah dan sangat cantik di syurga.

SEBELUM ISRAK DAN MIKRAJ 

Dada Rasulullah SAW dibedah oleh malaikat Jibrail dan Mikail. Hati baginda SAW dicuci dengan air zam-zam dan dibuang ketulan hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan berbisik was-was. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu barulah dada baginda SAW dijahit dan dimeteraikan dengan Khatimin Nubawwah.

SEMASA ISRAK 

Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat di :
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى.
Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan)

PERISTIWA AJAIB 

Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad menghadapi gangguan jin Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib seperti:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah
diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad Fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah
diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anak²nya yang dibunuh oleh Fir’aun.

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.

Jibrail memberitahu Rasulullah
: Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”


4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Kata Jibrail : “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

5. Golongan lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain.

Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”

8. Golongan yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”

9. Golongan yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.

Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah tidak menghiraukannya.

Kata Jibrail : “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.”

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.

Kata Jibrail : “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Nabi Muhammad terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi ARAK dan SUSU. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya.

Kata Jibrail : “Baginda
membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”

SEMASA MIKRAJ 

Rasulullah SAW menaiki Mikraj (tangga) yang indah dan sangat cantik dari syurga. Nabi Muhammad dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

DI TANGGA PERTAMA 

Nabi Muhammad
dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

DI TANGGA KE-DUA 

Nabi Muhammad
. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

DI TANGGA KE-TIGA 

Naik langit ketiga. Rasulullah
bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

DI TANGGA KE-EMPAT 

Naik tangga langit keempat. Rasulullah
bertemu dengan Nabi Idris A.S.

DI TANGGA KE-LIMA 

Naik tangga langit kelima. Rasulullah
bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

DI TANGGA KE-ENAM 

Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad
bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


DI TANGGA KE-TUJUH 

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah
.

Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah سبحانه وتعالى pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:


“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

“SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM.”

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).


DI TANGGA KE-LAPAN 

Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah
menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. 

Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


DI TANGGA KE-SEMBILAN 

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah
masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

DI TANGGA KESEPULUH 

Rasulullah
sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah سبحانه وتعالى dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah سبحانه وتعالى dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah سبحانه وتعالى: Ya Muhammad!

Nabi Muhammad : Labbaika.

Allah سبحانه وتعالى: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Nabi Muhammad : Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. 

Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”

Allah سبحانه وتعالى: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. 

Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”

Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah merayu kepada Allah سبحانه وتعالى agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. 

Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah سبحانه وتعالى perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

SELEPAS MIKRAJ 

Nabi Muhammad
turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)


No comments:

Post a Comment