Dalam mana-mana rumah tangga
antara masalah yang sering berlaku, orang akan nampak masalah itu besar, tetapi
apabila kita selidiki ia bermula daripada masalah yang kecil iaitu masalah
kumunikasi. Komunikasi suami isteri memainkan peranan yang besar dalam rumah
tangga kita.
Dalam rumah tangga kadang-kadang
apa yang kita cakap memberi kesan kepada isteri kita. Apa yang kita cakap
memberi kesan kepada suami kita. Apa yang kita cakap secara tidak sedar
menggoris perasaan pasangan kita.
Sebagai contoh katalah isteri
yang hendak meminta suaminya menutup pintu pagar, “Abang! Abang dah tutup pintu
pagar ke belum?”
Jawab suaminya, “Belum lagi”
“Pukul 10 dah, abang tak tutup
lagi pagar, emak abang tidak ajar ke tutup pintu pagar malam-malam”, sahut
isteri.
Ayat itu mudah tetapi memberi
kesan mendalam kepada suami. Dalam komunikasai suami isteri ini jika tidak
dihalusi cara dan kaedahnya boleh mendatangkan musibah yang besar.
Apakah yang dimaksudkan dengan
komunikasi?
Secara mudah, komunikasi ialah
usaha untuk mencari kesatuan makna iaitu apa yang kita hendak sampai kepada
pasangan kita terletak dalam pemikiran kita. Dalam proses komunikasi maksud
yang tersirat itu tidak berjaya sampai kepada pendengar.
Jadilah para komunikasi yang baik
supaya orang dapat mendengarnya dengan baik. Dan jadilah pendengar yang baik
supaya orang dapat berucap dengan baik. Prinsip
ini kadang-kadang mengganggu proses komunikasi.
Sesuatu komunikasi yang tidak
bertitik tolak daripada idea atau tidak berasas daripada makna yang sesuai maka
komunikasi itu dinamakan berleter atau bercakapa tiada poin. Ini juga tidak
memberi kesan yang sihat dalam hubungan suami isteri.
Bila kita dapat melihat konsep
asas dalam hukum komunikasi itu maka boleh nampak dalam sesebuah rumah tangga
banyak perkara yang perlu kita tegur pasangan kita. Tetapi sayang teguran kita
itu tidak betul cara kita menyampaikan menyebabkan pasangan kita tidak boleh
terima.
Apakah perkara-perkara yang perlu
dilakukan untuk menjadikan komunikasi kita benar-benar berkesan.
1. Bila hendak bercakap dengan
pasangan pastikan kita ada idea yang benar-benar bernas. Jika idea tidak bernas
jangan ucapkan. Apatah lagi pasangan kita ini orang yang berpendidikan tinggi.
Jika teguran yang kita lontarkan tidak berlandaskan sesuatu perkara yang mereka
tidak boleh terima maka kadang-kadang pendapat kita itu ditolak.
Kalau pasangan kita boleh
menerima pelbagai pandangan kita adakan diskusi. Jadi idea itu adalah penting. Begitu juga
jika idea ada dan terus menyampaikannya juga mendatangkan masalah.
Katakanlah sebagai contoh seorang
isteri yang melihat suaminya malas solat. Kata-kata malas solat itu idea.
Bagaimana hendak diucapkan. Jika menegur dia dengan membaca Quran hadis, Quran
hadis, adakah begitu caranya. Jika dia menerima Alhamdulillah.
Adakah cara menghina dia, abang
ini apalah tidak sembahyang, tidak sembahyang masuk neraka dan padan muka.
Adakah begitu caranya. Tidak.
Begitu juga suami bila melihat
isteri dia semakin selekih atau semakin berpakaian tidak senonoh, adakah terus
menegurnya dengan membandingkan isterinya dengan kerbau atau dengan gajah,
tidak boleh begitu.
Ada caranya tetapi yang penting
ideanya terlebih dahulu.
Kalau isterinya cantik jangan
berleter mengatakan isterinya tidak cantik. Jika suaminya kuat sembahyang dan
imam lagi, janganlah pula berleter mengatakan suaminya malas sembahyang sunat.
Ini akan mengeruhkan hubungan.
2. Idea itu hendaklah diolahkan.
Jangan diucapkan selagi tidak dibuat sedikit penyesuaian supaya idea itu tidak
terus sampai kepada pasangan kita. Bila hendak bercakap dengan pasangan, sila
gunakan bahasa yang sofan.
Perlu guna bahasa yang sofan
kerana pasangan kita bukannya pekerja kita, bukan adik kita, bukan kawan kita,
tetapi dia adalah suami atau isteri kita. Dia adalah partner kita. Jadi bila
menegur jangan membuat pasangan kita macam pekerja kita. Gunakan cara yang
sofan dan bahasa yang elok dan lemah lembut.
Jika hendak menegur pakaiannya
perlu sofan dan jangan cakap kasar atau pun suami yang malas sembahyang tadi
walaupun isteri itu ustazah gunakanlah bahasa yang paling sofan. Sofan ialah
kaedah komunikasi yang paling selamat. Orang tidak akan marah kalau kita
bercakap dengan cara yang baik.
Katakanlah kita pergi ke rumah orang,
dihidang kepada kita kofi pahit dan kita baru sahaja lepas minum. Ikutkan hati
kita tidak mahu minum air itu. Oleh kerana dia hidang air itu dengan penuh
penghormatan kita minum juga air itu sampai habis. Jadi menunjukkan kepada kita
jika dipersembahkan dengan cara yang baik orang akan menerimanya walaupun
perkara itu kurang elok.
Begitu juga teguran, jika dibuat
secara sofan orang akan menerimanya.
Kalimat-kalimat panggilan sayang
atau manja yang diguna semasa bercinta patut diteruskan. Bila hendak menegur
gunakanlah istilah-istilah sayang itu. Ini lebih menyeronok dan berkesan.
Letakkan satu penilaian kepada
tahap pemikiran pasangan kita. Elak daripada bercakap melampaui tahap pemikiran
pasangan kita. Misalnya seorang ustazah hendak menegur suaminya yang tidak
sembahyang. Suaminya bukan ustaz. Janganlah bila menegur dengan menyebut kitab
ini kitab itu, pendapat ulamak yang muktabar dan sebagainya yang suaminya belum
tentu dapat menerimanya.
3. Menyalurkan idea yang kita
olah itu kepada pasangan kita.
Kita boleh menyalurkan idea itu
kepada pasangan dengan apa cara yang ada pada hari ini seperti SMS, Wasap dan
sebagainya. Cara ini ada juga risikonya. Mungkin mesej itu diterima pada masa
pasangan sedang memandu dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Atau
mungkin pasangan pada masa menerima mesej itu berada dalam keadaan tekanan dan
ini akan menghasilkan keadaan yang negatif.
Jadi alat-alat komunikasi itu
boleh digunakan tetapi perlu dinilai keberkesanannya.
Cara yang terbaik untuk pasangan
tegur menegur ialah dengan cara berdepan atau cara terus menerus. Perbicaraan secara berdepan ini boleh
menyelesaikan banyak perkara kerana penyelesaian mudah dilakukan.
Saidina Omar pernah berkata bila
kita berkomunikasi dengan orang bercakaplah dengan otak orang itu supaya dia
mudah faham dan meresap apa yang kita cakap. Lebih berkesan lagi bila kita
bercakap mengikut lidah orang itu.
Sebagai contoh jika orang Melayu
beristerikan orang putih lebih berkesan menegur isteri dalam bahasa Inggeris
walaupun si isteri itu memahami bahasa Melayu. Bila bercakap dalam bahasa
otaknya maka ada kesan nilai tambah dalam komunikasi.
Begitu jugalah kiranya suami
orang Kelantan dan isteri orang Kedah, jika menegur isteri dalam loghat Kedah
lebih berkesan dan ada nilai tambah. Itu adalah petua untuk menyampaikan
komunikasi dengan orang yang kita berkomunikasi.
Persoalan komunikasi ini adalah
persoalan yang sangat besar. Jika tidak diambil perhatian ianya boleh memberi
berbagai kesan. Orang boleh berkomunikasi menggunakan fon tangan, menggunakan
internet, boleh menggunakan SMS, Facebook, blok, wasap dan sebagainya tetapi
komunikasi yang terbaik ialah berkomunikasi secara langsung dengan bertentangan
mata.
Perkataan yang digunakan
hendaklah perkataan yang baik-baik, bahasa yang elok dan bercakap mengikut
tahap pemikiran pasangan kita.
Bukan mudah melayari sesuatu
rumah tangga, kita memegang dengan satu prinsip buatlah yang terbaik,
selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT.
-
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment