Thursday, November 3, 2016

PERCERAIAN HALAL TETAPI DIBENCI OLEH ALLAH SWT




“Dan bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik”

Allah SWT menyuruh bergaul bersama isteri dengan cara yang baik. Nabi SAW menyebut perkara tanggungjawab terhadap isteri dalam khutbah Hajjatul wada’ (Haji selamat tinggal) selepas itu Rasullah SAW wafat. Nabi menyuruh suami menjaga isteri dengan baik walaupun isteri itu ada kesilapan dan ada kesalahan.

Perempuan dijadikan daripada tulang rusuk. Tulang rusuk itu bengkok. “Kamu tidak boleh membetulkannya”, kata rasulullah. Kalau dibetulkan dia akan patah dan jika dibiarkan dia akan bengkok. Tetapi kamu kena ada dia, kena ada perempuan-perempuan itu.
Nabi menyuruh para suami bersabar menghadapi ujian para isteri. Jangan gopoh, berselisih sedikit cerai, terus cerai dan kahwin lain begitu juga.

Walaupun perceraian perkara dihalalkan oleh syarak tetapi perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT. Allah SWT menyuruh kita menjalinkan hubungan dengan isteri dengan cara yang sebaik-baiknya dan disuruh bersabar.
Nabi juga menghadapi kerenah isteri-isterinya dan nabi bersabar.

- KULIH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment