Friday, November 4, 2016

ORANG BERIMAN DIUJI




Mengikut hadis Kursi:

Manusia dalam kehidupan sebagaimana yang kita tahu dan kita lihat hari-hari tidak sama. Ada orang murah rezeki sampai jadi kaya, lebih hartanya. Ada orang sekadar cukup makan dan ada orang yang kadang-kadang tidak cukup makan, sukar untuk makan. Ini adalah qodar takdir daripada Allah Ta’ala.

Allah Ta’ala takdirkan kepada seseorang itu berdasarkan kepada kedudukan dia di sisi Allah Ta’ala. Ada orang Allah Ta’ala sayang dalam hidup, Allah Ta’ala kasih. Dan orang yang Allah Ta’ala tidak berapa kasih. 

Ada orang Allah Ta’ala kasih, ada kalanya Allah Ta’ala kata orang ini atau kumpulan ini “Sekumpulan manusia ini tidak boleh kaya. Kalau Aku jadi mereka kaya maka rosak agamanya, maka macam Aku rosak agamanya”

Maka oleh sebab itu Allah Ta’ala jadikan mereka tidak kaya, fakir atau miskin. Orang miskin ada harta tetapi tidak cukup makan. Fakir lebih rendah daripada miskin. Kedudukan orang fakir lebih teruk daripada orang miskin.

Allah Ta’ala kata ada kalangan hamba Allah tidak boleh menjadi kaya. Jika menjadi kaya maka rosak agamanya. Masa miskin, duit tidak banyak makan lebih kurang atau ala kadar sahaja. Mungkin makan minum di rumah atau di kedai kampung sahaja. Orang macam ini agama mereka selamat.

Jika Allah Ta’ala menjadi mereka kaya mungkin mereka bila hendak makan mereka makan di kedai besar-besar di bandar. Mungkin dia terlibat dengan minuman haram dan merosakkan agamanya. Jika dia miskin dia tidak terlibat dengan minuman haram dan agamanya selamat. 

Jika orang kaya terlibat makan minum tidak betul dengan agama maka orang kaya itu Allah Ta’ala tidak sayang. Sepatutnya orang itu miskin baharu agama elok, tidak rosak. Jadi Allah Ta’ala tidak suka kepadanya maka dia menjadi kaya. Bukan kaya Allah Ta’ala suka belaka.

“Ada orang tidak boleh miskin. Bila duit tidak ada, fikir kedai mana hendak curi, kedai mana hendak rompak, bagaimana hendak curi kereta orang, atau hendak mencuri kerbau orang sebagai contoh. Orang macam ini tidak boleh miskin. Jika Allah Ta’ala sayang kepada dia Allah Ta’ala tidak buat dia jadi miskin. Allah Ta’ala akan jadi dia murah rezeki.

Dalam hidup kita ini ada miskin dan ada kaya. Dalam hidup, kita selalu diuji. Orang kena uji adalah orang yang Allah Ta’ala kasih. Orang yang tidak diuji mungkin Allah Ta’ala tidak sayang. 

Nabi kata, “Orang beriman tidak boleh lari daripada ujian Allah Ta’ala”.

Dalam keadaan-keadaan tertentu Allah Ta’ala hubungkaitkan syurga yang dijanjikan kepada kita orang-orang beriman ini dikaitkan dengan kesetian kita untuk bersabar menghadapi ujian-ujian. Ujian-ujian adalah pelbagai seperti kesakitan, kematian, kekayaan, kemiskinan, kelaparan, kerugian perniagaan, buah-buahan tidak menjadi dan sebagainya. 

Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Apakah kamu menyangka bahawa kamu boleh masuk syurga dengan mudah sedangkan kamu belum lagi diuji sebagaiman orang-orang terdahulu, setelah diuji ternyatalah kamu benar-benar beriman atau tidak”.

Bilal menerima ujian yang hebat, dijemur tengah panas dan diletak batu di atas perut oleh tuannya kerana Bilal beriman kepada Allah. Namun begitu Bilal tidak berganjak dengan keimanannya. Bilal tetap mengatakan, “Ahad, Ahad, Ahad”. Inilah menyebabkan tuannya terlalu marah. Bila menyebut Ahad bermakna mencabar. “Kamu menyembah berhala tetapi aku menyembah tuhan yang satu”.

Begitu juga dengan seorang perempuan isteri Firaun, Asiah binti Muzahid. Ramai orang kenal Firaun ini jahat, zalim. Firaun yang baik sedikit ialah Firaun zaman nabi Yusuf. Setelah mimpinya ditafsirkan oleh nabi Yusuf maka diserah pentadbiran negara kepada nabi Yusuf. Firaun-firaun lain semuanya zalim. 

Selepas mengetahui Asiah beriman kepada anak angkatnya, nabi Allah Musa, Firaun mula marah kepada Asiah. Bermacam-macam tindakan dilakukan. Padahal sebelum itu Firaun bukan main sayang kepada Isterinya. 

Nabi Musa selepas dilahirkan dihanyutkan oleh ibunya ke dalam sungai dengan wahyu Allah. Kotak yang dimuat nabi Musa lekat di pengkalan Firaun. Asiah memujuk suaminya supaya anak lelaki itu dijadikan anak angkat. Nabi Musa yang tidak jadi dibunuh dibesarkan di istana Firaun dengsn susuan ibunya sendiri. Akhirnya nabi Musa dilantik menjadi nabi oleh Allah Ta’ala.

Asiah senyap-senyap beriman kepada Allah. Sebelum diketahui, Asiah sebagai permaisuri menikmti segala kenikmatan hidup yang serba mewah di istana Firaun. Daripada kehidupan yang penuh dengan kemewahan, apabila bariman dia mengalami kepahitan hidup. Asiah dijemur tengah panas oleh Firaun. 

Dia berdoa kepada Allah Ta’ala maka Allah Ta’ala memperkenankan doanya. Allah Ta’ala memberi payung kepadanya dan membina sebuah rumah untuknya di syurga. Akhirnya Asiah dibunuh oleh suaminya sendiri.

Orang beriman akan diuji oleh Allah Ta’ala. Semakin hebat diuji, semakin disiksa semakin teguh imannya. 

Kita tidak boleh menyoal Allah Ta’ala; ‘ya tuhanku aku sudah beriman, sudah berjuang Islam, kenapa kamu jadikan aku miskin, kenapa tidak memberi aku kekayaan’. Tidak boleh kata begitu kepada tuhan. Kita tidak layak menyoal tuhan.

Sifat orang beriman ialah sabar bila menerima kesulitan. Orang Islam diajar apabila menerima ujian kita kata: 

INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI’UN

Bermakna kita ini milik Allah. Kita adalah hak milik Allah, akhirnya akan balik kepada Allah juga.

Nabi menasihat seorang sahabat perempuan yang baru sahaja mati anak. Dia memberitahu nabi sambil menangis. Nabi pun mengeluar air mata juga bila anak lelakinya mati. 

Sahabat perempuan itu memberitahu, “anak aku mati ya Rasulullah”.

Nabi berkata, “Dulu kamu ada anak atau tidak”.

Jawab perempuan itu, “Tiada”

Kata nabi SAW, “Sekarang anak siapa yang beri”.

“Allah yang beri kepada aku”, kata perempuan itu.

“Anak itu milik Allah bukan hak kamu. Dia boleh ambil bila-bila masa yang ia kehendaki”, kata nabi.

Orang beriman sabar bila ditimpa musibah, bila ditimpa ujian. Sabar pada mula-mula berlaku. Jika kita tidak bertindak balas terhadap sesuatu sedang kita mampu dan berkuasa dinamakan maaf. 

Orang beriman bersyukur bila diberi kesenangan. Syukur ialah satu perkara yang dituntut oleh Allah Ta’ala. Tetapi tidak ramai orang yang bersyukur.

Dalam satu kisah menceritakan ada tiga orang. 

Seorang kepalanya penuh dengan kudis. Cari makan susah, orang pun mengejeknya. Dia pun berdoa kepada Allah, “Ya Allah ya tuhanku, kalau Kamu sembuhkan kudis aku ini dan murahkan rezeki, aku akan infak banyak-banyak”. Allah Ta’ala yang maha berkuasa memakbulkan doanya. Kepala jadi elok.

Seorang lagi berpenyakit balor. Lengan dan muka berdebu. Geli melihatnya. Dia berdoa kepada Allah Ta’ala supaya kulitnya licin, elok dan tidaklah berdebu seperti sekarang supaya aku dapat berkawan dengan orang. Jika aku sihat dan murah rezeki aku akan sedekah kepada orang. Ini nazarnya. Allah Ta’ala memakbulkan doanya dan penyakitnya sembuh dan dia menjadi kaya raya.

Ketiga orang buta. Keindahan dunia tidak dapat dilihat. Cuma mendengar ceritalah. Dia berdoa kepada Allah Ta’ala supaya dia celik macam orang lain supaya dapat melihat keindahan alam. Tanda-tanda kebesaran dan keagunganmu aku boleh tengak. Allah Ta’ala makbulkan doanya dan dia dapat melihat sebagaimana orang lain. Bila celik dia memelihara kambing dan kambing membiak ramai.

Kemudian Allah Ta’ala uji semula mereka bertiga itu.

Malaikat yang merupakan manusia berkepala berkudis pergi berjumpa dengan orang asalnya kepala berkudis. Malaikat memberi salam. Dia menjawab salam dan berkata, “Hih orang kepala berkudis, jangan marilah sini, jangan datang rumah ini”

“Saya datang ini hendak minta bantuan sedikit kerana saya dalam perjalanan, putus belanja”. Kata malaikat itu.

“Tidak boleh, jangan, jangan, jijek, busuk”, kata orang itu.

Malaikat kata, “Dulu kamu macam aku juga kepala berkudis dan susah”.

“Tidak, aku cantik daripada kecil lagi. Emak aku beranak comel dah”, kata orang itu.
“Kamu ingat betul-betul, dulu kepalamu macam aku juga. Harta banyak-banyak ini kamu ambil mana”, kata malaikat. 

“Harta kekayaan daripada pusaka nenek moyang aku”, kata orang itu.

Allah Ta’ala balik semula orang itu. Kepalanya berkudis semula dan hartanya habis.

Malaikat merupa seorang manusia yang penyakat balor pergi berjumpa dengan orang kedua. 

Malaikat memberi salam dan berkata, “Aku lihat kamu senang, biasalah orang musafir hendak minta sedikit sedekah”.

“Jangan, jangan. Pergi, kulit berdebu nanti berjangkit ke aku pula”.

Malaikat kata, “Ingat betul-betul, kamu macam aku juga dulu”

“Tidak, aku semenjak kecil lagi kulit aku elok macam inilah. Harta aku adalah daripada pesaka ibu bapa aku”, jawab orang itu.

Melaikat lapor kepada Allah Ta’ala kerana tidak bersyukur. Bila tidak bersyukur Allah Ta’ala menarik balik. Kulitnya menjadi balar semula dan kekayaan ditarik balik.

Malaikat menyerupai orang buta dalam keadaan bertongkat datang menemui orang ketiga. Malaikat memberi salam. Orang itu menjawab salam lalu jengak daripada atas rumahnya dan mengajak orang buta itu naik ke rumahnya. Dia turun ke tanah mengajak orang buta itu naik. “Aku dulu buta macam kamu juga. Datang buat apa”, katanya.

“Saya dalam pelayaran, hendak minta bekal sedikit, hendak minta kambing susulah”.
“Ambil, ambil semua mana yang kamu hendak”, kata orang itu.

Malaikat berkata, “Kamu seorang sahaja yang bersyukur, yang lain tidak bersyukur”

Orang beriman bila diuji dia bersabar dan bila senang dia bersyukur kepada Allah Ta’ala.

Merujuk kepada hadis tadi, bila Allah Ta’ala sayang kepada seseorang yang jenis tidak boleh jadi kaya kerana kalau kaya rusak agamanya maka Allah Ta’ala tidak akan beri kekayaan kepadanya. Ada orang jenis tidak boleh miskin kerana kalau miskin rosak agamanya. Orang ini tuhan beri kekayaan. 

Tidak semestinya orang kaya itu Allah Ta’ala tidak kasih. Saidina Abu Bakar kaya, Saidina Othman kaya dan Abdul Rahman bin Auf kaya, tetapi mereka gunakan kekayaan mereka untuk menegakkan agama Allah Ta’ala. Mereka tidak menjadi miskin kerana membelanjakan harta mereka untuk menegakkan agama Allah Ta’ala.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment