Anggota
PAS yang terikat dengan baiah parti dinasihat merujuk mahkamah syariah terlebih
dahulu sebelum membuat keputusan berhijrah ke parti lain.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia
(PGSM) Musa Awang berkata, hanya mahkamah itu dapat memutuskan jalan keluar,
terutama bagi kes melibatkan taklik atau lafaz cerai bersyarat.
"Mana-mana pihak sekali pun
sama ada mufti, timbalan pesuruhjaya PAS atau presidennya sendiri tidak boleh
mengesahkan perkara tersebut.
“Mahkamah sahaja yang ada kuasa
untuk sahkan perkara tersebut dan bukan pihak lain.
“Perkara ini semua tidak boleh
diputuskan di khalayak begitu, maksudnya wakil rakyat yang ada baiah ini perlu
membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengesahkan sama ada jatuh atau tidak
(talak),” kata Musa.
Musa juga berkata, sekiranya pihak
suami enggan merujuk kepada mahkamah, isterinya boleh berbuat demikian bagi
pihak pasangan.
“Sebab isteri dia juga akan
menerima kesan daripada baiah ini,” katanya ketika dihubungi
Kesan pada banyak pihak
Musa juga mengingatkan bahawa baiah
taklik perlu dirujuk kepada mahkamah kerana ia memberi kesan kepada banyak
pihak, termasuk anak-anak.
Isu baiah timbul selepas sekumpulan bekas
pemimpin kanan PAS mengumumkan mengaktifkan dan menjenamakan semula Parti
Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) sebagai sebuah parti Islam dengan nama baru
Parti Amanah Nasional (AMANAH).
PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu
dalam pilihan raya mengucapkan ikrar taat setia.
Di sesetengah negeri ia melibatkan lafaz cerai
talak tiga, seperti kes melibatkan anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli
di Kelantan.
Pertikaian kembali panas selepas menteri
besar Kelantan yang juga timbalan mursyidul am PAS Datuk Ahmad Yaakob semalam
berkata pernikahan Hatta secara automatik terbubar.
Sementara itu, di Selangor, dua wakil rakyat
PAS Khalid Samad dan Dr Mariah Mahmud akan membayar kafarah (denda) dengan
memberi makan seratus orang fakir miskin kerana melanggar baiah esok.
Cukup bayar kafarah?
Mengulas perkembangan itu, Musa
berkata isu baiah ini tidak akan selesai dengan membayar kafarah sahaja.
“Baiah itu adalah sumpah. Maksudnya kalau
wakil rakyat itu keluar daripada PAS, dia sudah melanggar sumpah dan dia perlu
bayar kafarah.
“Tapi dalam masa yang sama dia juga
telah melanggar taklik dan taklik ini berkait dengan isteri.
Dia (wakil rakyat yang berbaiah)
kena selesaikan dua perkara, satu baiah di mana bila ia dilanggar mereka perlu
bayar kafarah.
“Kedua taklik dan jika dilanggar ia
akan memberi kesan kepada syarat yang dinyatakan di dalam sumpah tersebut,”
jelasnya.
Justeru, kata Musa, mahkamah syariah
bertanggungjawab memutuskan perkara itu.
“Mungkin ada yang berbaiah tidak dikaitkan
dengan talak dan membuat baiah sahaja.
“Mungkin ada wakil rakyat tidak masukkan
elemen kedua itu dan hanya berbaiah dengan parti PAS sahaja,” tambahnya.
Sumber : LINK
Sumber : LINK
No comments:
Post a Comment