Sunday, October 16, 2016

TIGA JENIS MANUSIA ALLAH SWT TIDAK TILIK



Hadis muttafakun alaih daripada Abi Hurairah RH,
Nabi SAW bersabda, “tiga jenis manusia Allah tidak menegur mereka pada hari kiamat, bermakna Allah SWT tidak memberi rahmat pada hari kiamat kelak dan Allah tidak memandang kepada mereka dan Allah tidak membersih mereka daripada dosa pada hari kiamat”

1. Orang menyekat kepentingan umum seperti menghalang paip air, elektrik dan lain-lain melalui tanahnya.

2. Orang yang bersumpah berjual beli selepas waktu Asyar, bersumpah dengan nama Allah supaya orang membelinya dengan harga tertentu menyebabkan orang percaya pada hal dia bohong. Waktu Asyar ialah waktu yang mulia. Malaikat siang dan malam bertukar shif. Waktu yang mulia pun menipu juga. Orang ini Allah tidak tegur, tidak tilik rahmat dan tidak ampun dosa pada hari kiamat.

3. Orang bersetia kepada pemimpin, berbaiah kepada pemimpin kerana pangkat, projek, kerana wang dan bukan kerana Islam. Jika tidak mendapat habuan mereka tidak akan bersetia kepada pemimpin itu. Orang ini juga Allah tidak tegur, tidak tilik dan tidak ampun dosa pada hari kiamat.

Taat dan baiah kepada pemimpin sejauh mana pemimpin itu ikut Islam, bukan kerana pangkat, projek dan wang. Jika ketaatan kepada pemimpin lain daripada kerana Islam tidak akan ditegur oleh Allah pada hari kiamat. 

Semoga kita dihindar daripada tiga golongan itu.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment