Masyarakat Melayu digemparkan
dengan masalah perbomohan. Ada satu kaedah yang dinamakan menurun.
Kaedah menurun ini memang
menggunakan jin. Jin pinjam tubuh manusia sekejap dan bercakap apa yang hendak dicakapkan,
seperti menuduh orang itu dan orang ini. Malah tok imam dan tok bilal atas
masjid semuanya kena tuduh. Matlamat iblis sebenarnya hendak
memporak-perandakan manusia.
Jadi jin ini memang suka kepada
orang yang apabila sakit, suka kepada jin. Bila demam dan berasa panas, maka
ada jin dalam tubuhnya. Bila luka dan darah menitik maka ada jin dalam
tubuhnya. Jin amat suka kepada orang semacam itu.
“Ada orang beriman itu percaya
benda-benda ghaib”, maksud ayat al-Quran.
Kita wajib percaya jin itu ada tetapi bukan beriman dengannya. Kalau kita
taksub dengan jin maka kita akan ditimpa dengan pelbagai penyakit.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment