Mengikut hadis kejayaan memujuk
orang masuk Islam pahalanya lebih besar daripada unta merah, kenderaan paling
mahal zaman itu.
Demokrasi, sistem yang diamalkan
zaman kita ini, bermakna memujuk orang menyokong perjuangan atau parti untuk
memerintah negara. Nabi dan sahabat memujuk orang masuk Islam dan akhirnya
memerintah negara dengan Islam. Demokrasi barat dicedak daripada kitab fekah
Islam.
Ulama mengajar supaya memujuk
orang menyokong perjuangan untuk menjadi wakil. Jika wakil ramai maka parti itu
menjadi pemerintah. Jika kecil bilangannya wakil-wakil yang menang menjadi
pembangkang dan bolehlah menyuruh yang baik dan mencegah kemungkaran dengan
lidahnya, dengan bangkangannya dan mereka yang menyokongnya diberi pahala oleh
Allah SWT
.
Sabda nabi SAW, “Sesiapa yang
melihat perkara yang mungkar hendaklah mengubah dengan tangan, kalau tidak
mampu dengan lidah dan kalau tidak mampu juga hendaklah benci dalam hati dan
benci dalam hati adalah selemah-lemah iman.”
Selepas selemah-lemah iman
bermakna tidak ada iman lagi. Kita hendaklah memilih sekuat-kuat iman iaitu
mengubah dengan tangan. Kalau semua wakil kalah sekali pun kita masih mendapat
pahala kerana berjaya melahirkan kemungkaran dalam negara.
Dengan yang demikian, orang yang
berjaya memujuk seorang sahaja menyokong perjuangan menegak pemerintahan Islam
pahalanya lebih besar daripada kenderaan yang paling mahal harganya.
Semoga diberi kekuatan oleh Allah
SWT supaya memilih sekuat-kuat iman.
-
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment