Monday, October 17, 2016

MALAIKAT MENUKAR SIF PADA WAKTU SUBUH DAN ASYAR



Hadis muttafakun alaih daripada Abi Hurairah RA

Hadis menunjukkan bahawa malaikat yang menjaga amalan manusia bergilir-gilir pada waktu Subuh (waktu pagi) dan waktu Asyar (waktu petang). 

Ini menunjukkan suratan amal itu digilirkan dua kali sehari semalam, bukan pada malam nasfu setahun sekali. 

Ramai orang Islam faham bahawa buku catatan setiap individu ditukar setahun sekali iaitu pada malam nisfu Sa’aban. Pendapat ini tidak boleh diterima kerana hadisnya lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Pada malan nisfu ini orang ramai berhimpun di masjid dan surau, membaca Yasin tiga kali, berdoa minta panjang umur (panjang umur tidak boleh tinggal) dan minta murah rezeki (murah rezeki pun tidak boleh tinggal juga). Sepatutnya doa mestilah ada kaitan dengan akhirat.

Para malaikat berhimpun pada kedua-dua waktu itu untuk menukar sif. Malaikat bertugas siang hari  bertemu dengan malaikat yang bertugas malam hari pada waktu Asyar dan malaikat bertugas malam akan bertemu dengan malaikat yang bertugas siang pada waktu Subuh. 

Setelah bertukar sif malaikat-malaikat ini naik mengadap Allah SWT untuk melaporkan perbuatan hamba-hamba-Nya pada waktu Subuh dan Asyar.

Ini menunjukkan bahawa sembahyang Subuh dan Asyar mempunyai kelebihan tersendiri,

- KULIAH YT

No comments:

Post a Comment