Sunday, October 16, 2016

TIPS KHUSUK SEMBAHYANG


Allah SWT sebut dalam al-Quran, “Dirikanlah sembahyang kerana sembahyang itu boleh mencegah mungkar”. 

Ulama mentafsirkan sembahyang boleh mencegah fahsad dan mungkar. Fahsad ialah dosa berkait dengan seks dan mungkar ialah dosa berkait dengan judi, minum arak dan lain-lain.

Bagaimana hendak khusuk sembahyang?

1. Selepas mengangkat takbir datang selalu gangguan syaitan menyebabkan hati kita melayang-layang tidak tentu hala. 

Apa perlu kita buat?  

Mesti berjihad melawan gangguan itu. Datang gangguan pula lawan lagi dan begitulah seterusnya.  Inilah dikatakan jihad dalam sembahyang

2  Kata salah seorang sahabat nabi cara hendak khusuk sembahyang ialah setiap kali hendak sembahyang anggapkan sembahyang terakhir dan lepas itu mati.

3. Kalau terlalu mengantuk tidurlah sekejap

4. Jika lapar perut dan makanan sudah dihidang boleh makan kenyang-kenyang dahulu baharu sembahyang.

5. Cuba mengetahui makna bacaan dalam sembahyang.

6. Sembahyang berjemaah di masjid boleh membantu khusuk sembahyang

7. Bila sembahyang berjemaah pilihlah sof pertama.

8. Pergi ke masjid sebelum iqomah

9. Jangan sembahyang dalam keadaan marah-marah.

10. Jangan sembahyang dalam keadaan bergerak-gerak

11. Jangan sembahyang dalam keadaan tergopoh-gapah.

12. Jangan sembahyang selepas majlis yang melalaikan. Contoh lepas tengah tengak movi atau bola sepak.

13. . Jangan pejam mata masa sembahyang, kerana bukan sahaja makruh tetapi boleh hilang khusuk

14. . Jangan sibuk dengan pakaian masa sembahyang seperti baju, jam cincin dll.

15. . Sebelum sembahyang tanamkan keazaman hendak khusuk sembahyang.

16. Jauhkan daripada melihat benda-benda yang tidak elok seperti filem dan gambar yang tidak elok.

17. Kalau dipelawa menjadi imam jangan tolak dengan syarat berkemampuan.

18. Belajar dan ikut bagaimana nabi sembahyang.

19. Apabila musafir sembahyanglah jamak dan khosar. Sembahyang ini adalah hadiah Allah.

20. Kalau sembahyang di rumah adakan tempat sembahyang khusus.

21. Bila datng gangguan dalam sembahyang hendaklah bermujahadah, yakni melawan gangguan itu, datang gangguan pula lawan pula.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment