Wednesday, November 2, 2016

ADAB SUAMI DAN ISTERI (TANGGUNGJAWAB ISTERI)



Seorang isteri mesti mempunyai adab-adab tertentu kepada suami dia supaya dapat menikmati hidup yang lebih seronok. 

Satu hadis daripada Saad bin Abi Wakaf daripad nabi SAW memberi satu gambaran suasana, “Ada empat perkara yang kalau ada pada diri kita nescaya akan menjadi bahagia dan menyeronakan”

1.  Isteri yang solihah iaitu seorang isteri yang baik 

2.  Sebuah tempat tinggal yang luas

3.  Kenderaan yang selesa

4.  Jiran yang baik

Nabi SAW menambah lagi, “Ada empat perkara yang menyebabkan kita menjadi tidak seronok dalam kehidupan:

1.  Jiran yang jahat

2.  Isteri tidak beradab

3.  Kenderaan yang selalu rosak

4.  Rumah yang sempit” , Hadis ibni Hibban

Salah satu indikator menerusi hadis Ibni Hibban ini ialah isteri yang bersofan santum dan beradab kepada suaminya. 

Suami adalah manusia yang perlu dihormati, kerana mengambil kita secara bermaruah, dengan kompang, dengan bunga-manga maka hendaklah kita menghormatinya. Dia mengambil kita dengan cara bermaruah maka kita kena layan dia secara bermaruah juga.

Apakah adab-adab isteri dengan suaminya:

1.  Seorang isteri mesti menjadi pengurus rumah tangga. 

Isteri mesti mengurus mengikut kehendak suami. Kiranya suaminya suka makan maka urusan isteri ialah memasak, jika suami gemar berpakaian maka urusan isteri mengurus pakaian suami. Ini bermakna kena mengurus mengikut kecenderungan suami.

Sayang kita melihat betapa ramai para isteri hari ini sudah tidak lagi memasak gara-gara kesibukan lalu meswastakan kepada pihak lain. Ada yang menyerahkan kepada pembantu rumah atau makan di kedai semata-mata. 

Sekali pun kita sebagai isteri tidak mampu membuat semua sekali urusan rumah tangga kepada suami, buatlah satu dua perkara untuk melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sekurang-kurangnya masaklah untuk suami. Buatkanlah air minuman untuk suami, itu sudah memadai. 

Bila memasak untuk suami bermakna membuat satu kebaikan untuk suami, masya-Allah pahalanya sangat besar. Bukankah bila kita membaca doa-doa masa memasak dan masa menghidangkan makanan, itu semua boleh memberi kesan kepada spiritual anak-anak dan juga suami kita. 

Jadi sebagai tanggungjawab pertama hendaklah isteri itu menjadi pengurus rumah tangga dan janganlah diswastakan.

2. Isteri hendaklah mengurus suaminya. 

Ada orang hebat mengurus rumah tangganya. Hari-hari mob lantai dan kawasan rumah pun bersih. Ada landscaping pula. Bagus, tetapi suami pula terkapai-kapai keseorangan. Suami kadang-kadang pergi ke masjid memakai baju Melayu tidak berbutang. 

Kadang-kadang butang sepatutnya lima, cuma ada tiga butang sahaja. Bila orang melihat mungkin tertanya-tanya di dalam hatinya siapa isteri dia, isteri tidak hirau langsung pakaian suaminya.

Oleh itu suami hendak mengambil berat bagaimana penampilan suaminya. Maka menjadi tanggungjawab isteri mengurus suami dari segi pakaian dan dari segi persiapan pakaian. Itu adalah tanggungjawab isteri.

Dari segi hujah, isteri boleh berkata ini bukan tanggungjawab isteri. Tetapi dari segi hukum sosial, masyarakat tetap memandang siapa isterinya. Pakai baju berkedut-kedut, tidak bergosak, baju warna lain dan tali leher warna lain. Misai, janggut dan bulu hidung tidak terurus. Semua ini orang akan bercakap-cakap dan akan bertanya siapa isterinya.
Para isteri kena mengurus rumah tangga dan kena mengurus juga suami. 

Isteri bukan sahaja menyediakan makanan untuk suami tetapi perlu juga makan bersama-sama suami. Sekali pun tidak makan kerana diet dan sebagainya, isteri kena duduk sebelah suami masa makan. Isteri patut tanya sama ada suami hendak tambah lagi atau tidak. Bila ada orang menemaninya suami akan berasa lebih tenang
.
Kalau makan seorang,  di kedai Mamak pun boleh makan dan minum seorang. Ada isteri tidak hendak teman suami makan kerana hendak melihat TV.

Suami baru balik rumah, penat dan isteri jeling-jeling sahaja, bertanya, “Abang hendak makan ke!. Lauk ada atas meja, air ada dalam peti”. Allah sedihnya suami layanan isteri macam ini. Kalau hendak tengak TV letak TV depan meja makan. Sambil tengak TV teman suami makan. 

Perkara ini mungkin kecil, tetapi kalau isteri boleh mengurus perkara sekecil ini maka akan ada nilai tambah dalam keharmonian rumah tangga.

3. Isteri mesti mengurus diri sendiri.

Ramai para isteri boleh mengurus rumah, rumahnya bersih dan landskap bagus dan memelihara binatang pula untuk mengindahkan suasana. Silakan tidak menjadi masalah. Suaminya pun diurus dengan baik. Tetapi dia terlupa pula mengurus dirinya sendiri.

Tanggungjawabb isteri juga ialah mengurus penampilan diri sendiri. Isteri hendaklah berpakaian cantik-cantik tatkala duduk di rumah bersama dengan suami mereka.
Berapa ramai suami yang kesedihan sebab isteri mereka hanya cantik bila hendak keluar rumah. Di rumah masya-Allah tidak ada ayat hendak digambarkan. Pakai baju T-Shirt sahaja bila duduk di rumah. Sepatutnya isteri sebagaimana cantik di luar cantik juga di rumah. Keutamaan penampilan diri mestilah kepada suami. Di luar rumah sebagai tayangan ulangan sahaja. Tayangan perdana mestilah untuk suami.

Baju yang baru siap pakai dahulu di rumah, tayang dahulu kepada suami. Bila suami sudah puas melihatnya baharu tanggalkan. Ingat petua, tayangan perdana mestilah kepada suami. Orang lain siaran ulangan sahaja dari segi penampilan.

Orang perempuan masa baru kahwin dulu bagus tetapi sekarang selepas sekian lama menurun sedikit penampilannya. Ini perlu ubah. Semasa baru kahwin pakai cantik-cantik dan memakai pula minyak wangi. Ini hendaklah diteruskan. Suami seronok bila masuk bau harum kerana boleh menenangkan fikiran.

Panduan-panduan keagamaan mengenai rumah tangga diberikan untuk memastikan rumah tangga yang kita bena benar-benar menepati kehendak yang digariskan oleh Allah surah ar-Rome ayat 21 iaitu,
وَمِنْ اٰيٰتِهٖۤ اَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ اَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوْۤا اِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَّوَدَّةً وَّرَحْمَةً   ؕ  اِنَّ فِيْ ذٰ لِكَ لَاٰيٰتٍ لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (QS. Ar-Rum: Ayat 21)
“Untuk jadi satu ketenangan kepada kita, rahmat Allah kepada kita”.
Tidak ada guna rumah tangga yang dibina jika hari-hari bermasalah dan keretakan. Apalah ertinya kalau rumah tangga yang kita bina tidak menjadi syurga kepada kita, bahkan kedai-kedai mamak itu lebih bahagia kepada kita.  

Jika isteri mahu membahagiakan suami tanya suami contohnya, tentang penampilan isteri dan bentuk badan isteri. Sebagai suami dia akan ceritakan. Tidak semua suami yang suka badan wanita kurus-kurus sangat. Ini bergantung kepada cita rasa masing-masing. Minat suami perlu diketahui oleh isteri supaya dapat menyesuaikan dengan keadaan.

Sebagai seorang isteri ingatlah apabila kita meninggal dunia sahaja dalam keadaan suami redha kepada kita, balasannya tidak lain dan tidak bukan ialah syurga. Ini mengikut hadis Ummu Salamah.

Jadi para isteri sekalian marilah kita mengambil kesempatan bahawa sangat mudah untuk wanita masuk syurga. Mereka tidak perlu bersusah payah di dalam ibadat. Jika sembahyang cukup dan puasa cukup, jaga maruah diri dan taat kepada suami maka sudah cukup baginya untuk masuk syurga Allah. 

Dalam perkara ketaatan kepada suami kita perlu berusaha sedaya upaya kita. Ingat nabi pernah menyebut kalau aku boleh menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan suruh para isteri menyembah suami-suami mereka.

Ini menunjukkan betapa pentingnya ketaatan isteri kepada suami dari segi Islam. 

-  KULIAH YT


No comments:

Post a Comment