Wednesday, November 2, 2016

ZALJALA LIWAL IKRAM (85 - YANG MEMPUNYAI KEBESARAN DAN KURNIAAN)



Firman Allah Ta’ala suratul Rahman 55 ayat 78 maksudnya

تَبٰـرَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِى الْجَـلٰلِ وَالْاِكْرَامِ

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan."
(QS. Ar-Rahman, 55: 78)

Berkata al-Khutubi RH, al-Jalal itu maknanya kebesaran Allah, keagungan-Nya dan berhak mempunyai sifat-sifat kepujian. Al-Ikram itu maknanya ialah yang berhak dimuliakan dengan maha suci Ia daripada segala perkara syirik yang tidak layak kepada-Nya.

Berkata Assyiekh Azani Makhluk RH ialah yang tiada kemuliaan, tiada kebesaran dan tiada kesempurnaan pada zat, sifat dan af’al melainkana bagi-Nya dan kemuliaan dan kerniaan melainkan daripada-Nya yakni daripada Allah SWT. 

Berkata al-Mandiri RH, maknanya yang mempunyai kebesaran dan memberi nikmat. Semua kebesaran, semua nikmat adalah kepunyaan Allah SWT.

Kita minta Allah Ta’ala yang memberi, bukan kita yang meminta. Oleh sebab itu pemerintahan Islam yang betul ialah pemerintahan yang diberi. Pemerintahan yang diminta tidak akan mendapat pertolongan daripada Allah Ta’ala.

Sabda nabi SAW maksudnya, “Barang siapa yang meminta jawatan, minta jadi ketua, minta jadi pemimpin tidak akan mendapat pertolongan Allah. Barang siapa yang tidak meminta tetapi diberi kepadanya sebagai suatu amanah maka Allah Ta’ala akan menolong dan membantunya”.

Kita perlu sedar kebesaran dan kurnia adalah milik Allah Ta’ala dan disebut dalam hadis maksudnya, “Lazimkanlah diri kamu dengan berzikir menyebut YA ZALJALA LIWAL IKRAM”

YA ZALJALA LIWAL IKRAM ialah antara al-ulhusna yang dilayakkan menjadi wirid, menjadi bacaan dan digalakkan kita menyebut YA ZALJALA LIWAL IKRAM, YA ZALJALA LIWAL IKRAM, YA ZALJALA LIWAL IKRAM.

Kita digalakkan juga berdoa dengan menyebut mana-mana nama Allah, antaranya ialah YA ZALJALA LIWAL IKRAM.

Ada pendapat mengatakan jika beramal banyak-banyak akan menjadi isin. Itu bohong. Beramal macam itu ialah kerana dia hendak dunia, bukannya akhirat. 

Dia menyebut nama tetapi niatnya hendak berlawan dengan gajah misalnya. Bukannya hendak berlawan dengan musuh Allah Ta’ala. Gajah itu binatang. Berlawan dengan binatang jawabnya berlawan dengan syaitan. 

Beramal dengan nama tuhan tujuan hendak berlawan dengan gajah lepas itu menjadi gila.
Kita menyebut nama tuhan kerana memuji kebesaran Allah, melembutkan hati. Jika menyebut nama Allah Ta’ala tujuannya hendak dunia maka jadi syaitan. Itu adalah tidak betul. 

Kita berzikir dengan nama Allah kerana memuliakan kebesaran Allah diberi pahala, diberi kelebihan dunia dan akhirat.

KULIAH YT      

No comments:

Post a Comment