Firman Allah
Ta’ala suratul Haj ayat 60 bermaksud, “Sesungguhnya Allah maha pemaaf lagi maha
pengampun”.
Allah Ta’ala
itu sangat memaafkan hamba-hambanya dan sangat mengampunkan dosa
hamba-hamba-Nya.
Berkata
al-Hulaimi RA, “Maknanya ialah yang
menghapuskan dosa-dosa hamba-hamba-Nya sekali pun berkali-kali dilakukan dosa
dan kesalahan. Tidaklah Ia menyimpannya untuk menjatuhkan balasan jika
hamba-Nya bertaubat dan memohon
keampunan atau kerana mereka tidak melakukan dosa yang lebih besar daripadanya
kerana Allah, lalu ditebuskan dosa itu dengan meninggalkan dosa yang lebih
besar daripadanya kerana-Nya atau diberi safaat oleh sesiapa yang diizinkan
untuk memberi safaat kepadanya atau Ia memaafkannya semata-mata kerana
kemurahan-Nya untuk orang-orang yang mempunyai penghormatan di sisi-Nya sebagai
satu balasan.”
Al-Hulaimi
RA mensyarahkan makna maha pemaaf itu ialah Allah Ta’ala sangat mengampunkan
dosa hamba-hamba-Nya sekiranya hamba itu bertaubat daripada Allah Ta’ala atau
hamba-hamba itu mengerjakan dosa kecil dan dia tidak mengerjakan dosa besar
maka Allah Ta’ala memaafkannya.
Tiba-tiba
dia terbuat dosa pula maka Allah Ta’ala memaafkan kerana dia tidak mengerjakan
dosa yang lebih besar kerana takut kepada Allah Ta’ala, atau pun kerana dia
mengerjakan amal-amal kebajikan yang banyak kerana firman Allah Ta’ala
bermaksud, “Sesungguhnya amal-amal yang baik itu boleh menghapuskan
dosa-dosa yang dilakukan”.
Kadang-kadang
dosa dihapuskan oleh Allah Ta’ala dengan amal baik yang dilakukan walaupun dia
tidak sempat beristighfar.
Ada dosa
diampunkan dengan sembahyang, dengan wuduk, dengan puasa, dengan Haji dan
Umrah, dengan sedekah, dengan berbuat baik kepada orang lain dan memaafkan
kesalahan orang dan ada juga dosa yang dihapuskan dengan syafaat pada hari
kiamat.
Allah Ta’ala
boleh menghapuskan dosa seseorang dengan rahmat-Nya. Orang yang berdukacita
dengan dosa yang dilakukan, dia tidak berbangga dengan dosanya, dia tidak
cerita kepada orang dosa yang dilakukan, akan mendapat rahmat Allah Ta’ala dan
dosanya dihapuskan.
Ada
sesetengah orang suka memberitahu kepada orang dosa-dosa yang dilakukan.
Sudahlah membuat dosa, dengan megahnya bercerita kepada orang. Allah Ta’ala
amat murka kepada orang yang bermegah-megah dengan dosa yang dilakukan.
Ada kalangan
hamba Allah yang membuat dosa tetapi berdukacita atau pun menyesal dengan dosa
yang dilakukan dan bertaubat.
Di hari
kiamat Allah Ta’ala bertanya kepadanya secara sembunyi (senyap-senyap) antara
dia dengan Allah Ta’ala sahaja, tidak diumumkan di tengah khalayak.
Allah Ta’ala
bertanya, “Betulkah wahai hamba-Ku engkau membuat dosa ini pada hari sekian dan
waktu sekian?”
Lalu hamba
itu mengaku di hadapan Allah Ta’ala, “Ya saya membuat sungguh dosa itu!”. Maka
Allah Ta’ala mengampunkan dengan rahmat-Nya.
Ada juga
yang diberi syafaat oleh orang yang diizin oleh Allah Ta’ala untuk memberi
safaat. Nabi-nabi memberi syafaat, orang-orang yang mati syahid boleh memberi
safaat, malaikat memberi syafaat, dan orang-orang alim memberi syafaat. Ada
orang pada hari kiamat kelak Allah Ta’ala memberi kelebihan kepadanya boleh
memberi syafaat dengan izin Allah Ta’ala. Jadi dosa mereka mendapat kemaafan
daripada Allah Ta’ala dengan syafaat-syafaat itu.
Itulah
luasnya keampunan Allah Ta’ala.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment