Wednesday, November 2, 2016

ALLAH MENOLAK SYIRIK



Maksud hadis, “Dan daripada Abi Hurairah RA katanya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda Allah Ta’ala berfirman Aku tidak berhajat kepada sekutu-kutu daripada syiriknya, sesiapa yang beramal dengan amalan yang disekutukan padanya bersama dengan-Ku kepada yang lain Aku biarkan bersama dengan syiriknya”, hadis Riwayat Muslim

Hadis ini menyatakan bahawa kita tidak boleh syirik terhadap Allah, bukan sahaja pada zat, pada sifat, pada zahir termasuklah pada batin.

Apa ayng dimaksudkan pada batin itu ialah niat hati kita. Bila kita beribadat, kita membuat apa-apa amal yang baik, meninggalkan yang haram, hendaklah ikhlas kerana Allah yang maha ESA, tiada tuhan yang lain melainkan dia sahaja.

Hadis ini adalah kursi. Hadis kursi, maknanya daripada Allah dan lapaznya daripada nabi SAW. Berbeza dengan al-Quranul Karim, makna dan lapaznya daripada Allah SWT.

Hadis ini menyatakan Allah Ta’ala berfirman diriwayatkan oleh nabi SAW bahawa Allah tidak berhajat kepada sekutu-sekutu, kepada tuhan-tuhan yang lain daripada-Nya, bukan sahaja dari segi ibadat termasuklah dari segi niat di dalam hati.

Jadi jangan niat kerana yang lain daripada Allah SWT. Barangsiapa yang mengerjakan amal, niatnya kerana yang lain daripada Allah maka Allah mengatakan biarlah dia bersama dengan orang yang dia niat itu. Allah Ta’ala tidak menerimanya, Allah Ta’ala menolak amalannya.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment