Friday, November 4, 2016

AMANAH PALING BESAR IALAH MEMILIH PEMIMPIN




Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul-Nya dan orang-orang memegang kekuasaan di kalangan kamu maka jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah (yakni Quran) dan Rasul-Nya (yakni sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat yang demikian itu lebih utama bagi kamu dan lebih baik akibatnya”.
AMA 

Ayat ini menegaskan bahawa amanah hendaklah ditunaikan dengan sesungguhnya dan amanah yang paling besar ialah memilih pemimpin iaitu memilih orang yang memerintah kita.

Dalam negara demokrasi hari ini memilih parti atau memilih wakil rakayat yang memerintah. Tugas wakil rakyat membuat dasar di parlimen, membuat dasar di dalam dewan undangan negeri. Tugas wakil rakyat bukan bersembang di kedai kofi, bukan tugas wakil rakyat memberi benda dan memberi duit. Ini perlu difahami. 

Jadi membuat dasar adalah amanah yang paling besar. 

Disebut dalam hadis, “Barang siapa yang memberi tugas kepimpinan kepada seseorang bukan kerana Allah dan Rasul-Nya tetapi kerana hartanya, maka dia telah KHIANAT TERHADAP ALLAH DAN RASUL-NYA”. 

Jika memilih pemimpin kerana duit dan benda adalah DOSA besar kerana mengkhianati Allah dan Rasul. Ini disebut dalam hadis yang sahih dan dalam banyak hadis.

Ayat ini menyebut taatilah akan Allah dan taatilah akan rasul. Taat Allah dan rasul adalah mutlak (tidak berbelah bagi) dan pemimpin di kalangan kamu (ulil amri)

Ulamak tafsir menafsirkan pemimpin ada dua:

1. Al-ulamak iaitu orang-orang alim, ahli ilmu dalam bidang agama. Ini adalah pemimpin-pemimpin (ulil amri) kamu.
2. Al-umarak iaitulah orang mengendalikan urusan negara. 

Di zaman awal Islam orang yang mengendalikan urusan negara ialah ulamak dan umarak, dua-dua sekali. Tetapi berlainan zaman sekarang. Ulamak dan umarak sudah berpisah. Ini apa yang berlaku di zaman mutakhir. 

Ulil amri ini hendaklah ditaati selagi mereka taat kepada Allah kecuali dalam perkara yang menderhakakanlah Allah dan rasul. Bila mereka menyuruh menderhakakan Allah dan rasul tidak boleh lagi mentaati mereka. HARAM mentaati mereka. Haram mentaati pemimpin yang menyuruh perkara yang bercanggah dengan hukum Allah SWT.

Ketaatan ini berkait dengan ayat Allah SWT, “Jika sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat”.

Jika kamu tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, ikut suka kamulah. Ini maknanya, tuhan tempelak.
Jika kamu tidak percaya kepada Allah dan tidak percaya kepada hari akhirat taatilah mana-mana pemimpin yang kamu suka sama ada mengikuti hukum Allah atau tidak.
Tetapi ingat pada hari akhirat kamu akan dihukum.

Taati ulil amri yang mentaati Allah dan rasul secara mutlak adalah penyelesaian yang sebaik-baiknya bagi kamu. 

Sabda Rasulullah SAW, “Tidak ada taat kepada makhluk dalam perkara yang menderhakai Allah (maksiat)”, hadis riwayat Bukhari dan Muslim. 

Mengikut para ulamak hadis ini ada sebab. Sebabnya seorang sahabat yang terkenal dengan nakal. Dia suka perkena orang. Nabi pun dia perkena. 

Ketika nabi balik daripada satu jihad, berhenti berehat dan nabi tidur. Dia tahu nabi seorang penunggang kuda yang handal. Masa nabi tidur dia merangkak dan dia pergi perlonggar pelana kuda. Bila nabi naik kuda pelana akan berpusing supaya nabi jatuh. Inilah nakalnya.

Tiba-tiba satu masa nabi menyuruh dia menjadi panglima (ketua) tentera untuk pergi ke satu kawasan. Sebelum berangkat Rasulullah SAW berpesan kepada tentera itu, “Aku melantik dia menjadi ketua, jadi kamu semua mesti taat kepada dia, mesti patuh kepada arahan dia”.

Dalam perjalanan balik mereka berehat di suatu tempat, dia mengarah tentera di bawahnya supaya mengumpul kayu api. Kayu api diangkut beramai-ramai, diletak setempat dan dinyalakan api. 

Kemudian dia pun bersyarah, “Tidakkah Rasulullah memerintah kamu taat kepada aku. Kamu kena taat kepada ketua. Sekarang aku perintah kamu terjun ke dalam api, sila terjun”.
Masing-masing senyap, tidak berkata apa-apa. Tiba-tiba ada seorang daripada tentera berkata, “Kami masuk Islam kerana tidak mahu masuk dalam api, tidak mahu masuk neraka!”.

Bila sampai di Madinah tentera memberitahu kepada nabi, “Ya Rasulullah dia arah kami terjun dalam api”.
Kata Rasulullah SAW, “Taat hanya dalam perkara baik, tidak boleh taat dalam perkara maksiat. Jika kamu terjun dalam api kamu masuk neraka, sebab bunuh diri”. Inilah yang menjadi penyebab kepada hadis itu.

Allah SWT memerintah kita berhukum dengan hukumnya.

Firman Allah SWT surah al-Maidah ayat 49 maksudnya, “Dan hendaklah kamu menguruskan hukum di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah”.

Urusan pemerintahan, urusan pentadbiran dan urusan kemanusiaan dengan hukum Allah, dengan apa yang diturunkan oleh Allah, tidak boleh memakai hukum lain, kecuali tidak disebut dalam Quran.

Firman Allah Ta’ala maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepada kamu wahai Muhamad SAW dengan membawa kebenaran supaya kamu berhukum di kalangan manusia dengan apa yang Allah wahyukan kepada kamu dan janganlah kamu menjadi penentang kerana membela orang-orang yang khianat”.

Para ulamak mengatakan ayat ini dengan satu peristiwa yang berlaku di zaman nabi SAW apabila seorang pencuri yang mencuri barang, barang itu barang besi yang berharga zaman itu. Barang besi itu diletak dalam guni gandum dan dia tidak menyedari dalam guni itu masih lagi ada gandum. Gandum tumpah berceceran di tengah jalan bila guni itu dibawa dan diletak di rumah seorang Yahudi yang bukan Islam.

Mereka yang hendak menangkap pencuri ternampak tumpahan gandum lalu mengikut ceceran tumpahan gandum itu sampai ke rumah orang Yahudi dan mendapati guni itu ada di rumahnya.
Orang Yahudi itu dibawa ke mahkamah di hadapan Rasulullah SAW. Nabi SAW hampir hendak menjatuhkan hukuman ke atas Yahudi itu tanpa melihat bukti yang jelas. Lalu Allah Ta’ala menurunkan ayat membetulkan Rasulullah SAW.

Sebenarnya Yahudi itu tidak mencuri. Walaupun orang Yahudi itu kafir, kita tidak boleh menghukumnya dengan sewenang-wenang. Mesti siasat dan mesti ada bukti yang lengkap.

Bila ayat ini diturunkan nabi pun membuat siasatan. Setelah dibuat siasatan semula didapati Yahudi itu tidak mencuri dan dibebaskan. Pencuri sebenar ialah orang lain.

Nabi diturunkan wahi dan wahi tidak diturunkan kepada orang bukan nabi. Dengan wahi nabi dibetulkan oleh Allah kerana nabi menjadi contoh kepada orang lain. Orang lain mesti ikut contoh nabi. Maknanya kita mengambil ‘iktibar mengikut kemampuan kita. Sebelum menjatuhkan hukuman hendaklah disiasat bersungguh-sungguh terlebih dahulu, baharulah hukuman dibuat dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama.

Jadi jangan sekali-kali menjadi pembela kepada orang yang mengkhianat. Pengkhianat itu ialah orang-orang munafik, orang yang berpura-pura Islam yang hendak mengenakan orang Yahudi.

Orang munafik lebih jahat lagi daripada Yahudi, lebih jahat daripada orang kafir lagi. 

Walaupun mereka dibenarkan sembahyang di masjid nabi SAW, nabi tidak bertindak kerana mereka juga sembahyang, mereka menadah doa juga, tetapi di dalam hati mereka hendak melawan Islam. Dalam hati mereka menjadi agen kepada musuh-musuh Islam, menjadi alat kepada musuh-musuh Islam. 

Allah Ta’ala berkata biar Aku hukum di hari akhirat kelak. 

Di atas dunia biar mereka duduk di dalam masjid, biar mereka bercampur dengan orang Islam, biarlah mereka menunjuk manis muka, biarlah mereka bercakap kononnya mereka Islam juga. Tuhan berkata Aku tahu apa yang ada dalam hati mereka.

“Sesungguhnya orang munafik duduk di neraka yang paling bawah sekali , lebih teruk daripada orang kafir lagi kerana dia lebih jahat daripada orang kafir lagi, dia menjadi gunting dalam lipatan untuk merosakkan kerja-kerja Islam”.  

Jadi Allah Ta’ala menyelamatkan nabi daripada kerenah orang-orang munafik.
Apa yang penting ialah ayat ini menyuruh nabi dan pemerintahan Islam supaya melaksanakan hukum dengan kitab Allah. Jika tidak ada dalam kitab Allah pakai hadis.

Oleh kerana itulah tiap-tiap orang khalifah; Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali bila ada satu-satu masalah mereka mencari ayat Quran. Jika tidak bertemu ayat Quran, mereka bangun bersyarah dalam masjid, “Adakah di kalangan kamu yang ingat mana-mana ayat Quran yang berkait dengan hukum ini”. 

Dia bertanya lagi bila tidak ada jawapan daripada orang ramai, “Adakah di kalangan kamu yang ingat hukuman ini dihukum oleh Rasulullah SAW?” Jika tidak ada orang memberitahu maka dia pun berijtihad. 

Berijtihad bermakna mengkaji hukum itu dengan mendalam baharulah diijtihad dengan hukum yang lain yang tidak ada nas dalam Quran dan hadis nabi SAW. Orang yang layak membuat ijtihad ialah para ulamak, para pukahak, bukan sembarangan orang. Mereka yang mahir dalam masalah usul fiq iaitu masalah kaedah-kaedah hukum. Mesti serius dalam masalah hukum.

Termasuk yang ada nas pun, kadang-kadang ada sebabnya; bila sebab berbeza maka hukumnya berbeza, latar belakang berlainan maka hukum berlainan.
Contohnya di zaman Saidina Uthman azan dua kali pada hari Jumaat sedangkan di zaman nabi, zaman Saidina Abu Bakar dan di zaman Saidina Umar azan sekali sahaja pada hari Jumaat.

Tidakkah ini bida’ah dan mengapa?

Tidak bida’ah. Kerana sebabnya sudah berubah.

Di zaman nabi, Abu Bakar dan Umar orang datang masjid awal-awal. Di zaman Uthman masyarakat sudah berubah maka Uthman menganjurkan azan dua kali pada hari Jumaat.

Uthman ialah seorang sahabat yang nabi kata ahli yurga. Nabi sebut, “Malaikat malu kepada Uthman, adakah aku tidak malu kepadanya”.

Kita ini siapa hendak mengkritik Saidina Uthman kerana mengarah supaya azan dua kali hari Jumaat. Saidina Uthman juga orang yang memberi terlalu banyak derma untuk peperangan Tabut. Rasulullah berdoa lepas Isya sehingga Subuh, “Ya Allah redhalah kepada Uthman”. Saidina Uthman bukan sembarangan orang. 

Jika ada sebab-sebab yang berlainan maka hukumnya berlainan. 

Imam Ibnu Tamiah zaman Tartar menyerang Baghdad, orang-orang Tartar minum arak dan arak adalah haram. Orang Tartar mabuk arak, lalu orang muda-muda berjumpa Ibnu Tarmiah untuk mendapat keizinan memukul orang-orang Tartar yang mabuk itu.
Ibnu Tamiah kata, “Jangan, biar dia minum”

Orang muda berkata, “Bukankah arak haram”.

“Kalau mereka tidak mabuk mereka akan bunuh orang. Jadi mereka membuat dosa mabuk, hilang dosa membunuh orang”, kata Ibnu Tamiah.

Ini bermakna mengurangkan darurat yang lebih besar kepada darurat yang lebih ringan. Hanya para ulamak yang mengetahui hal ini. 

Jadi bukan sembarangan orang boleh mengeluarkan hukum dalam perkara yang tidak ada nas.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment