Friday, November 4, 2016

SIFAT UMAT YANG MENYELEWENG DI AKHIR ZAMAN




Al-Imam Ibni Tarmiyah telah menyebut yang diriwayatkan oleh imam Muslim telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya, 

“Akan lahir di kalangan umat aku (umat Muhamad SAW) satu kaum yang membaca al-Quran seperti lazimnya kamu membaca dan sembahyangmu berlainan dengan sembahyang mereka. Kumpulan ini membaca Quran dengan mengira bahawa al-Quran itu sebagai propaganda dakyah mereka padanya adalah hujah ke atas mereka (kena ke atas kepala mereka sendiri) bacaan mereka tidak lebih dari kerongkongnya, mereka keluar daripada Islam sebagai anak panah keluar dari busurnya”
 
Ada di kalangan mereka yang kuat sembahyang sampai pucat muka. Sembahyang tahjud sampai pucat muka, berubah muka kerana banyaknya sembahyang. Mereka ialah golongan Khawarij di zaman Saidina Ali yang kuat beribadat tetapi lawan Saidina Ali.

Golongan ini ada di kalangan mereka yang murtad, keluar daripada Islam macam anak panah keluar daripada busurnya kerana menolak hukum Islam, mereka menolak syariat Islam.

Memang betul, sembahyang banyak, ibadat kuat dan membuat umrah acap kali tetapi bercakap kalau memerintah cara Islam huru hara, laksana hukum hudud zalim. Mereka lupa hukum ini ada dalam Quran, kalam Allah Ta’ala, kata-kata Allah Ta’ala. 

Dia menyembah Allah Ta’ala dalam satu masa dan dalam masa yang sama dia hina Allah Ta’ala, hina kalam Allah Ta’ala. Batal Islamnya, sembahyangnya ada, ibadatnya ada dan umrahnya ada tetapi menolak kalam Allah Ta’ala. 

Menurut satu riwayat yang lain telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya, “Mereka memerangi orang-orang yang beriman dan membiarkan penyembah-penyembah berhala sekiranya aku menjumpai mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti memerangi kaum ‘Ad”, hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Antaranya mereka berani melawan Islam tetapi tidak berani melawan orang kafir. Dia berani menentang orang berdakwah yang mengajak orang kepada Islam tetapi dia ikut dan tunduk kepada mereka yang tidak mengikut Islam.

Ini adalah sifat kumpulan yang menyeleweng di akhir zaman.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment