Bayangkan pula di
Mahkamah konvensional, apabila hakim memutuskan hukuman menggunakan
undang-undang negara, tiba-tiba pesalah tidak mahu terima hukuman itu kerana
berpegang pada undang-undang Perancis. Agak-agak hakim kata orang ni gila atau
hakim tu mengamuk sebab buat lawak bodoh?
Kaedah
fiqh yang mesti diakui:
حكم الحاكم يرفع الخلاف
Keputusan hakim mengangkat segala khilaf.
Semasa
zaman khilafah Uthmaniyyah di Turki, kerajaan telah menggubal suatu teks
undang-undang yang diberi nama Majallah Ahkam Adliyyah. Ia adalah buku rujukan
untuk menentukan hukum sesuatu perkara yang timbul di zaman Uthmaniyyah.
Walaupun masa itu ilmu Islam berkembang merentasi mazhab, tetapi buku tersebut
berorientasikan mazhab Hanafi. Semua mahkamah wajib berhukum berdasarkan
ketetapan yang termaktub dalam buku tersebut.
Ini bukan bermaksud
Uthmaniyyah menjumudkan pemikiran rakyat dengan satu mazhab. Tetapi ini masalah
perundangan. Ia sangat berbeza dengan soal akademik. Dalam ruang akademik, kita
bebas memilih pandangan yang dirasakan paling tepat. Tetapi dalam soal
perundangan, kita wajib mematuhi pandangan yang dipilih pemerintah selagi masih
dalam ruang dibenarkan syarak.
Masalah yang berlaku dalam
negara sekarang ialah sukarnya orang biasa tunduk pada agama. Sikap skeptikal
terhadap agama menyebabkan semua mahu dikritik dan dipersoal. Asal tahu
sikit-sikit terjemahan al-Quran dan Hadis, asal pernah baca pandangan ulama
tertentu, terus dijadikan bahan untuk mengkritik. Sedangkan bahasa arab pun tak
tahu. Ilmu Nahu Sorof Balaghah yang menjadi alat memahami al-Quran pun tak
pernah dengar. Sebab turun ayat, samada ayat masih valid atau dah mansuh,
sejarah perundangan Islam, asas istinbath hukum, asas tafsir semua tak tahu.
Masya Allah.
Dalam
soal perubatan, tahu pula patuh pada doktor walaupun doktor suruh potong kaki.
Dalam soal automobil, pandai pula patuh pada mekanik walaupun mekanik suruh
buang enjin. Ini kerana mereka tahu, doktor dan mekanik lebih pakar dalam
bidang mereka walaupun yang bermasalah itu adalah seorang pemegang PhD Fizik.
Tapi dalam soal agama,
ramai pula orang awam keluar fatwa sendiri dan lawan pula pakar agama.
Alasannya, agama bukan milik mereka. Atas alasan, kebebasan bersuara. Dipetik
segala macam pendapat aneh yang tidak menjiwai realiti setempat demi
menghalalkan cara. Oh profesionality!
Berhentilah
berbicara perkara yang bukan bidang kita. Sekadar berbincang untuk mendapat
penjelasan secara tertutup tidak jadi masalah. Tetapi sampai keluar press
statement mengkritik undang-undang syariah, besar akibatnya terhadap pemikiran
orang awam. Makin tambah keliru masyarakat. Makin jauh bukan Islam dengan
Islam. Serahkan sahaja pada ahlinya.
Fahaman semua boleh,
semua betul ini bukan ajaran Islam. Jangan benarkan budaya ini menular dalam
negara. Nanti tiada beza pula sebuah negara dengan hutan rimba.
(Alang Ibn Shukrimun)
No comments:
Post a Comment