Wednesday, November 16, 2016

BERIBADAT SEPULUH PERTAMA ZULHIJJAH



Sabda Rasulullah s.a.w.

“Dari Ibni Abas r.a. katanya sabda Rasulullah s.a.w. tiada dari hari-hari yang amal soleh padanya lebih kasih di sisi Allah daripad hari-hari ini yakni hari-hari sepuluh yang awal daripada bulan Zulihijjah. Mereka bertanya wahai Rasulullah dan tidak melebihinya juga oleh jihad fi sabilillah. Sabda Rasulullah s.a.w. tidak boleh melebihinya oleh jihad fi sabilillah, melainkan seorang berjihad yang keluar dengan dirinya sendiri, hartanya dan tidak kembali daripada itu sesuatu pun.” (Hadis riwayat Bukhari.)

Hadis ini menyatakan fadilat amal ibadat pada sepuluh yang awal daripada bulan Zulhijjah. Disebut oleh Allah Ta’ala dalam Quran maksudnya: “Demi waktu fajar dan demi malam-malam yang sepuluh.”

Apa yang dimaksudkan ialah dari satu hingga sepuluh Zulhijjah. Beribadat pada hari dan malam sepuluh yang awal Zulhijjah sama ada puasa (berpuasa daripada satu hingga 9 Zulhijjah, sepuluh Zulhijjah hari raya Haji, tidak boleh berpuasa), sembahyang, berzikir, sedekah, beristighfar, berdoa dan lain-lain mempunyai fadilat yang besar selepas Lailatul Qadar.

Ramai kalangan kita tidak berapa tahu dan tidak mengambil peduli. Mereka lebih penting mencari lembu untuk dikurbankan. Mereka lupa kelebihan awal sepuluh Zulihijjah.

Sahabat bertanya adakah mengatasi jihad fi sabilillah. Jawab nabi s.a.w mengatasi fi sabilillah. Kecuali mereka yang berjihad dengan sendirinya, mengeluarkan hartanya sendiri, kemudian tidak balik-balik kerana mati syahid. Jihad seperti ini tidak ada ibadat boleh mengatasinya, Lailatul Qadar tidak boleh mengatasinya dan beribadat awal sepuluh Zulhijjah pun tidak boleh mengatasinya.

Hadis ini menerangkan kelebihan sepuluh awal bulan Zulhijjah dan kelebihan orang yang berjihad dengan sendirinya, dengan harta sendiri, tenaga sendiri dan mati syahid, sama ada mati dibunuh, mati di atas hamparan atau mati dalam perjalanan.

Ini adalah kelebihan yang diberi oleh Allah Ta’ala kepada sesiapa yang dia kehendaki di kalangan hamba-hambanya.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment