Wednesday, November 16, 2016

LILLAHI TA’ALA



Sempurnakan haji dan umrah itu Lillahi Ta’ala (kerana Allah Ta’ala) bukan kerana lain. Pergi ke Mekah bukan kerana melancung, bukan kerana musim cuti, bukan kerana banyak wang dan sebagainya. Membuat ibadat termasuklah haji dan umrah mestilah semata-mata kerana Allah Ta’ala.

Oleh yang demikian jika balik dari Mekah kita tidak boleh marah jika orang tidak panggil haji. Kita mengerjakan haji kerana Allah Ta’ala bukan kerana orang.

Di Malaysia sahaja panggil haji. Negeri lain tidak panggil haji pun. Nabi Muhamad tak sebut Haji nabi Muhamad. Saidina Abu Bakar tak sebut haji Saidina Abu Bakar. Saidina Umar tak sebut haji Saidina Umar

Kita beribidat kerana Allah Ta’ala bukan kerana lain. Itulah yang penting. Oleh itu jangan marah orang tidak panggil haji.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment