Thursday, November 17, 2016

KEHEBATAN ORANG PALASTIN



Nabi sebut dalam hadis akan tetap ada satu kumpulan di kalangan umat aku yang bangun tegak berjuang untuk menegakkan kebenaran Islam, mereka tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa yang mengecewakan mereka.

Lalu sahabat tanya: “Siapa mereka ya Rasulullah”

Nabi kata: “Mereka adalah penduduk Baitul Maqdis dan keliling Baitul Makdis iaitulah orang-orang Palastin.”

Nabi s.a.w. menyebut orang Palastin tidak mudah menyerah kalah di hadapan senjata-senjata, walaupun senjata moden, kereta kebal, kapal terbang dan roket. Mereka lawan walaupun dengan lastik, lawan dengan anak batu dan lawan dengan tangan.

Inilah kehebatan orang Palastin. Mereka tidak mudah menyerah kalah hingga sekarang terhadap apa yang berlaku di negara mereka.

Orang Palastin tidak boleh dikalah sama sekali. Walaupun dihalau daripada rumah mereka, rumah-rumah mereka diroboh, kebun-kebun mereka dimusnahkan dan dibuat tembak-tembak dan benteng-benteng untuk menghalang mereka, tetapi mereka tidak boleh dihapuskan.

Ini dijanji oleh Allah Ta’ala. Orang Yahudi balik beramai-ramai ke Palastin untuk dikuburkan di Palastin kerana nabi s.a.w. menyebut di dalam hadis: “Tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah orang Islam membunuh orang-orang Yahudi. Mana-mana orang Yahudi di belakang kayu dan batu, kayu dan batu memberitahu wahai orang Islam ini Yahudi di belakang aku, sila datang membunuhnya melainkan pokok warqat.”

Pokok warqat ialah pokok Yahudi dan menjadi perlindungan orang Yahudi. Orang Yahudi balik ke Palastin menanam pokok warqat di keliling rumah mereka.

Apa yang disebut dalam hadis ini betul-betul berlaku pada hari ini. Orang Yahudi daripada Rusia, Ethiopia, Amereka, Eropah dan lain-lain dikempen supaya balik beramai-ramai ke Palastin untuk menegakkan kerajaan mereka yang agung.

Mereka memusnahkan rumah-rumah dan kebun-kebun orang Palastin untuk membuat perumahan dan mereka menanam pokok warqat di keliling rumah mereka sebagaimana yang disebut oleh nabi s.a.w.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment