Beriman dengan malaikat mengandungi sifat-sifat mereka seperti
tidak lelaki dan tidak perempuan. Dijadikan daripada nur, tidak makan dan tidak
minum. Malaikat tidak sekali-kali derhaka kepada Allah Ta’ala.
Beriman juga dengan malaikat yang disebut nama secara tafsir
ataupun tugas-tugas mereka. Beriman dengan malaikat itu bermakna beriman adanya
malaikat walaupun kita tidak nampak iaitu makhluk ghaib.
Oleh kerana Quran memberitahu kepada kita adanya malaikat, nabi
SAW memberitahu kita adanya malaikat, ulamak-ulamak yang mendalami ilmu
memberitahu kepada kita adanya malaikat maka kita beriman adanya malaikat
walaupun kita tidak nampak kecuali malaikat itu bertasyakkul (menyerupai benda
yang boleh kita lihat). Kita boleh nampak malaikat jika menjelma dalam rupa manusia,
rupa burung dan sebagaihnya. Malaikat dalam bentuk asal kita tidak nampak.
Malaikat adalah makhluk yang ghaib dan kita beriman kepada adanya makhluk ghaib
yang dinamakan malaikat.
Kita beriman bahawa malaikat itu tidak lelaki dan tidak perempuan. Jangan jadi seperti orang kafir
Mekah mengatakan malaikat itu anak perempuan bagi Allah. Mereka tidak suka
kepada anak perempuan, bila dapat anak perempuan mereka tanam hidup-hidup.
Kepada Allah Ta’ala dia mengatakan malaikat itu anak perempuan Allah Ta’ala.
Inilah bodoh dan sesatnya mereka. Allah Ta’ala tidak ada anak sekali-kali.
Malaikat adalah makhluk Allah Ta’ala. Macam kita manusia adalah
makhluk Allah Ta’ala. Jin juga makhluk Allah Ta’ala. Pohon kayu adalah makhluk
Allah Ta’ala. Bezanya malaikat ialah dia tidak lelaki dan tidak perempuan,
dijadikan daripada nur (cahaya).Malaikat tidak makan dan tidak minum. Mereka
tidak sekali-kali derhakakan Allah Ta’ala dan membuat apa sahaja yang diarah
oleh Allah Ta’ala.
Kita beriman juga dengan nama serta tugas-tugas mereka yang
disebut dalam Quran iaitu Jibril, Israfil, Malik, Riduan, Harut dan Marut dan
lain-lain. Tugas malaikat antaranya malaikat Jibril membawa wahi, Israfil bertugas meniup
sangkakala pada hari kiamat, malaikat yang ditugaskan menjaga rezeki, malaikat
yang menjaga tugas rahmat dan azab dan lain-lain.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment