Monday, November 7, 2016

BERSIFAT PEMURAH DALAM BULAN RAMADAN




Hadis pertama:

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Dan daripada Ibni Abas RA katanya Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah di kalangan manusia dan adalah ia paling bersifat pemurah apabila berada di bulan Ramadan ketika menumuinya oleh malaikat Jibril dan adalah malaikat Jibril menemuinya pada tiap-tiap malam di bulan Ramadan lalu bertadarus al-Quran maka sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menemuinya oleh malaikat Jibril menjadi lebih banyak mengerjakan kebaikan daripada angin yang bertiup”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. 

Hadis ini menyatakan bahawa antara sifat Rasulullah SAW ialah pemurah, seorang yang pemurah, suka menolong orang, suka membantu orang sehingga habis hartanya dan Rasulullah miskin walaupun Allah Ta’ala memberi peruntukan satu perlima daripada ranimah (harta rampasan perang) kepad Rasulullah SAW. 

Bila Rasulullah memimpin kerajaan Islam Madinah, nabi tidak berniaga lagi, tidak memelihara kambing lagi, maka Allah Ta’ala memberi satu perlima daripada ranimah, satu perlima daripada faiz,  nabi dan kelurga tidak boleh terima zakat. Satu perlima daripada ranimah dan satu perlima daripada harta yang diambil dengan tidak perang daripada orang bukan Islam.
 
Zaman sekarang orang paggil gaji. Diberi gaji kepada ketua negara, kepada orang yang menjalankan urusan pemerintahan. 

Banyaklah diberi kepada nabi. Selepas peperangan Kaibar nabi mungkin dapat beribu-ribu ekor kambing, mungkin beratus-ratus ekar tanah. Kekayaan ini digunakan oleh nabi SAW untuk membantu umat Islam, membantu rakyat sehingga baginda dalam keadaan miskin ketika meniggal dunia. Betapa miskinnya nabi, baju rantainya digadai kepada seorang Yahudi sebagaimana yang disebut dalam sirah nabawiyah. 

Nabi seorang yang sangat pemurah, sifatnya pemurah dan lebih pemurah lagi dalam bulan Ramadan. Kenapa lebih pemurah di bulan Ramadan? Kerana bersedekah di bulan Ramadan lebih afdal daripada bulan-bulan yang lain.

Antara amalan nabi di bulan Ramadan ialah bertadarus al-Quran dengan malaikat Jibril yang turun tiap-tiap malam. Nabi membaca Quran Jibril dengar dan Jibril membaca Quran nabi dengar. Tadarus bermakna membaca dan mengkaji al-Quran. Oleh kerana itulah di bulan Ramadan kita disunatkan bertadarus al-Quran yakni mengaji dan mengkaji, bukan mengaji memikir untuk cepat tamat sahaja, cepat menamat, cepat berjamu. 

Baca dan kalau boleh biar ada orang menerangkan makna dan maksud, betulkan bacaanya dan betulkan kefahaman kita dengan Quran. Adalah elok masa tarawikh di samping membaca Quran ada tazkirah dengan mengambil beberapa ayat Quran. Ini termasuk dalam pengertian tadarus.

Setengah tempat diharamkan tazkirah untuk mengelakkan orang daripada tahu Quran. Bila tahu al-Quran tahulah siapa dia musuh-musuh Islam. 

Nabi di bulan Ramadan makin banyak ditemui oleh malaikat Jibril makin pemurah sehingga lebih daripada angin yang bertiup. Angin bertiup tanpa apa-apa bayaran. Berlainan dengan kipas angin, akhir bulan terima bil untuk bayaran. Begitulah sifat pemurah nabi SAW.

Hadis kedua:

“Dan dari Aisyah RA katanya Rasulullah SAW apabila sepuluh yang akhir bulan Ramadan dia menghidupkan malamnya dengan ibadat dan membangunkan keluarganya dan mengikat kain selimutnya dengan ufuk-ufuk”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. 

Hadis ini menunjukkan apa yang diriwayatkan oleh ummul mukminin Aisyah RA, isteri nabi SAW orang tahu mengenai nabi di rumah, ahli bait, (bagi orang Syiah ahli bait ialah Ali, Hasan dengan Husin dan Fatimah sahaja. Ini salah) bila tiba sepuluh akhir nabi tidak tidur malam kerana beribadat iaitulah bersembahyang, membaca Quran, berzikir dan beristighfar. 

Pada sepuluh yang akhiri ini salah satu malam ialah Lailatul Qadar. Malam Qadar itu lebih daripada seribu bulan (80 tahun lebih). Kalau kita beribadat kena malam Lailatul Qadar bermakna kita beribadat selama 80 tahun lebih. Maka nabi SAW menghidupkan sepuluh yang akhir dengan tujuan untuk mencari kelebihan Lailatul Qadar. Itu bermakna cari Lailatul Qadar iaitulah beribadat sepuluh malam yang akhir. 

Bukan cari Lailatul Qadar duduk menengun atas tangga untuk mencari benda-benda pelik. Tunggu benda-benda pelik seperti nampak pohon kayu runduk. Kalau bertemu benda-benda pelik pun jadi khayal begitulah, tidak ada apa-apa kelebihan.
Kelebihannya ialah beribadat terutama sepuluh yang akhir dan membangunkan keluarganya untuk beribadat dan mengikat kain selimut. Ikat kain selimut bermakna tidak tidur kerana beribadat.

Diriwayatkan oleh para ulamak, imam Nawawi, pengarang kitab Riatus Salihin, diriwayatkan oleh ayahnya, masa kanak-kanak imam Nawawi bangun tengah malam dia gerak ayahnya, cerah dalam rumahnya. 

Mengapa cerah dalam rumah? 

Orang lain tidak nampak cerah. Dia sahaja yang nampak cerah. Oleh kerana ayahnya orang alim juga maka dia tahu ini adalah malam Lailatul Qadar. Dia menggerak keluarganya membuat ibadat malam itu. 

Kadang-kadang seorang sahaja nampak cerah, yang lain tidak nampak. Tuhan beri kepada imam Nawawi nampak Lailatul Qadar, cahaya malaikat macam lampu cerah, macam rumah dipasang lampu.

Semua mereka yang beribadat kena malam Lailatul Qadar mendapat kelebihan. Oleh kerana itulah nabi SAW kuat beribadat pada sepuluh yang akhir bulan Ramadan kerana sepuluh yang akhir ini salah satu daripadanya adalah Lailatul Qadar, malam diberi kelebihan, para malaikat turun dipimpin oleh malaikat Jibril untuk membawa berkat dan kebaikan kepada penduduk bumi.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment