Wednesday, November 2, 2016

DALIL KEKUASAAN ALLAH TA’ALA



“Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu wahai tuhan!”, ayat yang kita membuat wirid sembahyang.

“Engkaulah wahai tuhan yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam”. Ayat ini untuk menyatakan dalil kekuasaan Allah Ta’ala.

Dunia ini kecil sahaja. Allah Ta’ala menjadi siang dan malam berbeza dari segi jarak masa. Kadang-kadang waktu malam lebih panjang daripad waktu siang dan sebaliknya. Kadang-kadang waktu Subuh pukul 5.30 dan kadang-kadang pukul 6.00 baru Subuh. Ada setengah negara malam 2 jam sahaja dan siang 22 jam, kadang-kadang malam 22 jam dan siang 2 jam sahaja. Ini menunjukkan siang dan malam adalah di bawah kekuasaan Allah Ta’ala.

Kalau siang dan malam di bawah kekuasaan Allah, Malaysia ini negara yang kecil sahaja, takut apa hendak menjalankan syariat Allah Ta’ala. Ayat ini mengajar kita supaya menjadi orang yang berani menegak syariat Allah, tidak takut kepada seluruh dunia kerana seluruh dunia ini kecil sahaja bagi Allah Ta’ala.

AZIBUZANAT
Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup”.

Allah Ta’ala menjadikan Adam daripada tanah sebagai contoh. Tanah yang mati diambil, diuli-uli dan dibentuk-bentuk lalu dimasukkan ruh menjadi hidup. Ini kekuasaan Allah Ta’ala.

Kita boleh melihat di depan mata kita sendiri. Bila kemarau rumput kering, kadang-kadang menjadi abu bila terbakar. Bila turun hujan tiba-tiba hijau semula, hidup semula. Allah Ta’ala berkuasa menghidup semula apa yang telah mati.

Maka hari kiamat terlalu mudah bagi Allah Ta’ala. Allah Ta’ala boleh menjadikan manusia daripada tidak ada kepada ada, maka amat mudah bagi Allah Ta’ala menghidupkan semula manusia  yang mati di akhirat nanti melalui benih yang masih ada. Tulang yang halus yang duduk di hujung selbi dinamakan azibuzanat.  Benih, azibuzanat tidak boleh dihangus api dan tiada boleh dihancurkan oleh apa-apa alat sekali pun.

Ahli sains menemui azibuzanat ini dan tidak hangus dibakar walaupun dengan kepanasan api yang boleh mencairkan besi. Mereka masukkan azibuzanat ke dalam alat yang boleh menukarkan batu kepada debu tetapi azibuzanat tidak terjejas. Itulah dia benih manusia.

Disebut dalam banyak hadis, setelah berlaku kiamat semua dibinasakan dan dijadikan bumi yang baru dan bila tuhan menurunkan hujan, tiba-tiba tumbuh semula jasad manusia. Apabila dimasukkan ruh bangun semjula daripada tempat masing-masing. Perkara itu sangat mudah bagi Allah Ta’ala.

Daripada tiada langsung kita boleh dilahirkan daripada perut ibu kita dan kita dapat hidup pada hari ini, maka adakah payah bagi Allah Ta’ala untuk menghidup semula orang yang sudah mati daripada benih azibuzanat. Sudah tentulah amat mudah bagi Allah Ta’ala.


REZEKI

Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada perhitungan hisab-Nya.” Rezeki diberi oleh Allah Ta’ala.

Pada zahirnya kita melihat rezeki itu diberi oleh orang ini dan orang itu, adalah sebab sahaja. Hakikat sebenar yang memberi rezeki ialah Allah Ta’ala.

Kita melihat burung yang dilahirkan, nabi menyuruh kita belajar daripada burung, burung yang keluar di waktu pagi tembolotnya kempis dan waktu balik tembolotnya penuh. Burung tidak ada tempat yang tetap untuk mencari rezeki, tetapi tuhan memberi kepada burung.

Manusia kena kerjalah untuk mendapat rezeki. Ada rezeki yang halal dan ada yang haram. Jika mencari rezeki yang halal selamat dan sebaliknya jika haram tunggulah balasan di akhirat nanti. Apa yang penting ialah rezeki daripada Allah Ta’ala.

Allah Ta’ala memberi rezeki kepada orang baik dan juga orang jahat. Orang Islam Allah Ta’ala beri rezeki dan orang kafir pun Allah Ta’ala beri rezeki. Cuma ada rezeki yang halal dan ada yang haram. Ada rezeki yang berkat dan ada rezeki yang membawa laknat. Kita perlu beriman bahawa rezeki daripada Allah Ta’ala.

REZEKI

Rezeki kita perlu cari. Jika dicari mengikut cara-cara yang halal, rezeki boleh dan pahala pun boleh. Bagaiman mencari rezeki cara yang halal dapat pahala.

Tidakkah mencari rezeki cara haram mendapat dosa maka mencari rezeki dengan cara halal mendapat pahala dengan syarat kita tahu dan sedar ada perhitungan dosa dan pahala pada masa kita mencarei rezeki.

Mencari rezeki pun ada ujian. Orang berniaga ada ujian, nelayan ada ujian, petani ada ujian, semua perkejaan ada ujian. Kita hendaklah bersabar dengan ujian dan hendaklah mengikut batas sempadan yang diajar oleh Allah Ta’ala. Kita kena percaya dan beriman bahawa rezeki itu daripada Allah Ta’ala.

Buah limau daripada negeri China, jauh, tetapi sampai dan masuk dalam mulut kita kalau ia rezeki kita. Kalau bukan rezeki kita makanan yang ada dalam mulut keluar semula.. Ini menunjukkan rezeki daripada Allah Ta’ala. Rezeki daripada Allah Ta’ala tidak terhingga banyaknya dan yang penting rezeki itu mestilah berkat.

KULIAH  YT


No comments:

Post a Comment