Saturday, November 5, 2016

ISRAK DAN MIKRAJ – TERIMA SOLAT



Lalu nabi SAW berpaling kepada malaikat Jibril untuk mendapat nasihatnya. Nabi tidak berani juga hendak ikut arahan nabi Musa. Jibril mengisyaratkan ‘Ya, ya wahai Muhamad. Kalau kamu hendak minta lagi maka naiklah”. Nabi pun naik semula.

Bila sampai di Sidratil Muntaha Jibril berundur kerana awan datang semula dan nabi mengadap tuhan. Nabi bersabda, “Wahai tuhan ringankanlah kepada umatku, mereka selemah-lemah umat”

Lalu tuhan berfirman, “Aku kurangkan lima”. Kemudian awan hilang semula dan Jibril mengheret turun nabi Muhamad SAW sampai ke tempat nabi Musa.

Nabi Musa bertanya, “Macam mana?”

Nabi SAW kata, “Kurang lima dan tinggal empat puluh lima”

Nabi Musa berkata, “Naik lagi, berat lagi itu”.

Nabi pun naik mengadap tuhan dan tuhan kurangkan lima. Jadi tinggal empat puluh. Setiap kali naik tuhan kurangkan lima. Acap kali naik sehingga tinggal lima.

Bila tinggal lima tuhan berfirman, “Ya Muhamad”.
Nabi kata, “Ya wahai tuhan-Ku”.

Tuhan berfirman, “Wahai Muhamad, inilah dia lima waktu sembahyang tiap-tiap hari dan malam. Tiap-tiap satu sembahyang Aku kurniakan sepuluh kali ganda pahalanya. Maka dia menjadi lima puluh. Tidak boleh ditukar lagi firman-Ku dan tidak boleh dinasahkan lagi hukuman-Ku di dalam kitab. 

Barang siapa yang bercita-cita untuk mengerjakan amal yang baik, dia belum lagi beramal dengannya diberi kepadanya satu pahala dan sekiranya dia beramal dengannya dia diberi pahala sepuluh kali ganda. Barang siapa yang bercita-cita untuk melakukan kejahatan dan dia belum lagi melakukannya tidak ditulis lagi dosa kejahatan itu. Apabila dia melakukannya ditulis satu kejahatan sahaja”.

Ini kernia Allah Ta’ala, rahmat Allah Ta’ala. Bagi amal ibadat, niat satu pahala, buat sekurang-kurang sepuluh kali ganda. Ada yang tujuh ratus kali ganda dan ada yang pahalanya tidak terhingga seperti puasa Ramadan. Ada pun amal jahat, niat tuhan tidak catat lagi dan bila membuat jahat maka dicatat dengan satu dosa sahaja. Dalam hadis yang lain bila bertaubat dihapuskan dosanya.

Kemudian nabi SAW sampai ke nabi Musa lalu memberitahunya sudah tinggal lima waktu sehari semalam.

Nabi Musa berkata, “Wahai Muhamad naik lagi, minta kurang lagi”.
Lalu nabi bersabda, “Aku telah merujuk kepada tuhanku dan aku malu kepada-Nya. Aku redha dan aku menyerah diri”.

Tiba-tiba terdengar seruan daripada Allah Ta’ala, “Sesungguhnya Aku telah luluskan fardu yang Aku wajibkan dan telah Aku ringankan kepada hamba-hamba-Ku”.
Bila mendengar seruan itu nabi Musa berkata, “Turun, Bismillah”. Nabi Musa tolong Bismillah. “Turun cepat, Bismillah”, kata nabi Musa.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment