Saturday, November 5, 2016

ISRAK DAN MIKRAJ – TURUN KE BUMI



Maka nabi pun turun dan setiap kali nabi lalu para malaikat berpesan supaya berbekam. Berbekam ialah sejenis rawatan dengan buang darah yang kotor daripada jasad untuk meringankan badan. Ini adalah satu simbolik yang kita kena faham bermakna Islam menyuruh kita berubat bila sakit. Ada dua jenis iaitu perubatan ruhani dan jasmani.

Perubatan ruhani ialah secara ruh seperti berdoa kepada Allah Ta’ala dengan ayat Quran, minta tolong dengan Allah Ta’ala. Rawatan secara lahir ialah melalui bahan perubatan dan alat-alat perubatan termasuklah berbekam, pembedahan dan berbagai-bagai lagi.
Jadi pada malam Israk dan Mikraj digambarkan umat Muhamad SAW digalakkan membuat rawatan. Jika sakit dikehendaki berubat.

Nabi meneruskan perjalanan dan dalam perjalanan itu nabi melihat berbagai-bagai perkara sebagaimana pada masa naik dulu. Dalam perjalanan nabi dapati semua malaikat yang dijumpai senyum kecuali satu malaikat sahaja yang tidak senyum, “Siapa dia malaikat itu wahai Jibril”. 

Kata malaikat Jibril, “Itulah dia Malik yang menjaga neraka”. Tuhan jadikan Malik tiada senyum, tuhan jadikan dia begitu. Ini menunjukkan betapa garangnya malaikat yang menjaga neraka ini.

Apabila sampai ke langit dunia nabi melihat ke bawah dan nampak asap-asap yang tebal dan suara yang bising, bergelak ketawa. Nabi tanya, “Apa dia wahai malaikat Jibril”.

Kata malaikat Jibril, “Itulah dia syaitan-syaitan yang melindungi pandangan manusia supaya manusia tidak berfikir tentang kejadian langit dan bumi kerana banyak di dalam kejadian langit dan bumi itu perkara-perkara yang menakjubkan yang menjadi dalil kebesaran Allah Ta’ala”.

Digambarkan pada malam itu syaitan menghalang manusia daripada melihat kejadian langit dan bumi supaya manusia tidak berfikir tentang kebesaran Allah Ta’ala. Kita disuruh memikir tentang kebesaran Allah Ta’ala dengan mengkaji kejadian langit dan bumi.
Ramai ahli sains yang mengkaji mengenai langit dan bumi akhirnya mereka beriman kepada Allah Ta’ala. Bila mereka membaca Quran dan hadis tentang kejadian langit dan bumi lalu beriman kepada Allah Ta’ala.

Ahli sains juga dapat mengesan bahawa di bawah perut bumi ini ada bukan sahaja lautan air bahkan lautan api. Ini mununjukkan bahan-bahan bakar ada dalam perut bumi, ada gas, ada minyak, ada belerang, ada api dan sebagainya dan bila sampai masa dia akan meletup. Ini bermakna tuhan boleh hancurkan dunia ini bila-bila sahaja.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment