Saturday, November 5, 2016

ISRAK DAN MIKRAJ – PERJALANAN KE MEKAH



Kemudian sampai di Baitul Maqdis dan menunggang buraq meneruskan perjalanan ke Mekah.

Dalam perjalanan terserempak dengan rombongan unta daripada Mekah yang balik daripada Syam. Nabi kenal rombongan itu. Di atas unta itu, seekor unta ada dua karung, satu karung berwarna hitam dan satu karung lagi berwarna putih. 

Apabila nabi menunggang buraq sampai berhampiran tiba-tiba unta menjadi liar ketakutan. Orang yang ada di situ tidak nampak nabi tetapi binatang nampak. Unta menjadi liar ketakutan sehingga tersungkur dan patah tulang unta kerana terkejut dengan laluan buraq ini.

Kemudian nabi bertemu dengan rombongan daripada Mekah juga dan nabi memberi salam kepadanya. 

Lalu salah seorang daripada mereka berkata, “Muhamad, ini suara Muhamad”. Salah seorang daripada mereka dalam rombongan itu kenal suara Muhamad. Ini untuk menjadi dalil bila nabi sampai di Mekah nanti untuk berjumpa dengan Abu Jahal.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment