Sunday, November 6, 2016

KAUM BANI ISRAIL




Saya mengemukakan soalan kepada orang Yahudi ahli kitab, yang mempunyai kitab, yang mempunyai nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan bangsa mereka berkenaan dengan ayat-ayat Allah yang dikurniakan kepada mereka;

“Bertanyalah kepada Bani Israil, iaitulah anak cucu nabi Yaakub AS, di kalangan bangsa Yahudi, di kalangan ahli kitab, tanya mereka berapa banyak keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka, mengikut sejarahnya mereka engkar akan keterangan-keterangan itu, sama ada keterangan itu mukjizat yng diberi kepada nabi-nabi dan rasul-rasul Bani Israil ataupun kitab yang diturunkan terutamanya kitab Taurah yang diterima oleh nabi Musa AS setelah bermunajat selama empat puluh hari”

Memang kenyataan sejarahnya kaum Bani Israil engkar akan tanda-tanda yang diberi kepada mereka untuk membenarkan rasul yang dilantik oleh Allah Ta’ala. 

Allah Ta’ala menunjukkan mukjizat nabi Musa AS antaranya tongkat, antara bala-bala yang diturunkan kepada kaum Firaun yang zalim ialah air menjadi darah, terlalu banyak katak, terlalu banyak kutu-kutu dan macam-macam bala bencana yang menimpa kaum Firaun.

Pertolongan Allah kepada Bani Israil antaranya ialah mukjizat membelah laut dijadikan lorong-lorang. Allah menyelamatkan bani Israil melalui lorong-lorong itu dan Allah menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya. 

Malangnya apabila nabi Musa mengajak Bani Israil berjihad kerana Allah Ta’ala perintah supaya berjihad untuk masuk ke bumi Palastin bagi mendirikan kerajaan Islam dan beramal dengan Taurah, di dalam Taurah itu bukan sahaja ibadat, hukum makan minum, dalam Taurah juga ada hukum Qisas dan hukum Hudud bagi melakukan hukuman pesalah-pesalah jenayah, dan hukuman ini perlu adanya negara, adanya kerajaan, mereka menolak.

Allah Ta’ala menyuruh mereka memerangi kaum Jabbarin dan Allah Ta’ala menjanjikan kemenangan tetapi mereka berkata, “Pergilah Musa bersama dengan tuhanmu, kami tidak mahu pergi, kami hendak duduk di sini sahaja”.
Akibatnya nabi Musa AS tersangat sedih

Surah as-Saf, “Dan apabila nabi Musa berkata kaumnya, ‘wahai kaumku mengapa kamu menyakitiku padahal kamu tahu aku ini adalah Rasulullah, utusan Allah yang diutuskan kepada kamu mengapa kamu tidak ikut perintah aku. Apabila mereka menyeleweng Allah memesongkan hati-hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”.

Lalu nabi Musa bersama saudaranya nabi Harun berdoa kepada Allah Ta’ala supaya memisahkan mereka daripada kaum yang zalim. Lalu Allah Ta’ala menyesatkan Bani Israil di padang pasir Sinai selama empat puluh tahun.
Nabi Harun diwafatkan dan nabi Musa diwafatkan. Selepas empat puluh tahun perjuangan disambung oleh Yusa’ bin Nun
.
Yusa’ menyambung perjuangan. Yusa’ mengajak Bani Israil berjuang dengan menolak kepentingan kebendaan. Jangan letak niat kebendaan menjadi niat perjuangan.
Yusa’ berkata orang yang baharu kahwin tidak boleh mengikut perjuangan aku, orang yang rumahnya belum siap tidak boleh mengikut perjuangan aku dan orang yang mempunyai binatang ternakan bunting tidak boleh mengikut aku. 

Lalu Yusa’ berjuang menentang kaum Jabbarin menyambung perjuangan nabi Musa AS.

Disebut dalam hadis yang sahih yang disabdakan oleh nabi SAW, nabi Yusa’ berperang bersama dengan kaumnya di kalangan Bani Israil yang telah dipilih sehingga sampai mata hari Asyar, hendak jatuh, lalu Yusa’ berdoa kepada Allah Ta’ala, “Wahai matahari kamu diperintah oleh Allah dan aku juga diperintah oleh Allah, wahai hentikan perjalanan mata hari”

Lalu matahari diberhentikan oleh Allah Ta’ala sehingga nabi Yusa’ mengalahkan kaum Jabbarin. 

Setelah kaum Jabbarin dikalahkan, harta rampasan perang diperintah supaya dikumpul di suatu tempat kerana harta rampasan perang, ranimah, diharamkan kepada mereka, hanya dihalalkan kepada umat Muhamad SAW dengan dibahagi lima oleh pemerintah atau kerajaan yang mengendalikan urusan jihad. 

Mereka hendaklah mengumpulkan ranimah, api akan datang dari langit akan makan ranimah itu. Bila ranimah dikumpulkan tiba-tiba api yang turun dari langit berpusing mengelilingi ranimah yang dikumpul, api tidak mahu memakannya lalu nabi Yusa’ berkata ada di kalangan kamu yang kianat, yang menipu.

Oleh itu diminta supaya mengadakan baiah memegang tangan. Ketua yang anak buahnya kianat tangannya melekat pada tangan nabi Yusa’. Nabi Yusa’ kata ada anak buah kamu mengkianat. Lalu nabi Yusa’ bersalam dengan tiap-tiap ketua anggota.

Ini adalah ayat yang diberikan oleh Allah Ta’ala di kalangan Bani Israil. 

Kemudian anggota yang kianat itu menyerahkan emas yang dikumpul hampir sebesar kepala lembu yang disembunyikan. Apabila diletak ditempat longgakan ranimah baharulah api yang turun dari langit memakan semua ranimah itu, menandakan mereka diterima oleh Allah Ta’ala.

Mereka masuk ke Palastin dengan berbagai-bagai perangai yang dibuat, Allah Ta’ala hukum, diampun dan dihukum. Itulah perangai Bani Israil. Mereka dihalau sekali lagi dari bumi Palastin. 

Allah Ta’ala menguji mereka hidup merempat menjadi hamba abdi kepada golongan Babilion. Mereka sudah lama merempat, Allah Ta’ala mengutus seorang rasul bersama mereka. Tetapi tidak berpuas hati lagi dengan rasul itu lalu mereka meminta rasul itu berdoa kepada Allah Ta’ala melantik seorang raja yang meminpin. 

Bagi mereka rasul tidak layak menjadi pemimpin. Rasul hanya layak menjadi imam sebahyang sahaja.

“Nabi mereka berkata Allah Ta’ala melantik kepada kamu Thalut menjadi raja yang memimpin. Bani Israil menjawab tidak boleh kerana Thalut tidak ada wang, tidak ada harta, nanti dia tidak boleh membahagi wang”

Serupalah dengan keadaan sekarang. Ramai yang mengejar wang, mengejar kebendaan. Inilah perangai Bani Israil. Apa yang mereka kira ialah wang, beri wang, beri benda bukan hukum Allah Ta’ala.

Lalu nabi mereka berkata, “Allah memilih Thalut kerana dia seorang yang ada ilmu dan seorang yang gagah berani, dan Allah mengurniakan pemerintahan kepada sesiapa yang Ia kehendaki dan Allah Ta’ala maha luas kurnia-Nya lagi maha mengetahui”

Allah Ta’ala menunjuk bukti Thalut ini dilantik oleh Allah dengan malaikat membawa tabut iaitu keranda yang diisi di dalamnya kitab Taurah yang telah hilang dan tongkat nabi Musa yang telah hilang, dibawa kepada mereka untuk menjadi semangat untuk mereka berjuang.

Setelah mengharungi peperangan Allah Ta’ala menguji mereka dengan sesat di padang pasir tetapi tidak sampai empat puluh tahun. Dalam masa sehat Allah Ta’ala menghilangkan semua makanan dan minuman. 

“Allah kata kamu akan berjumpa dengan sebatang sungai dan tidak boleh minum air melainkan sedikit sahaja iaitu secebak sahaja”

Orang yang minum sedikit bermakna mengikut perintah tuhan bersama dengan Thalut dan nabi Daud AS. Mereka yang minum banyak tidak layak untuk berjuang. 

Bila bertemu dengan sungai daripada lapan puluh ribu orang, tujuh puluh empat ribu minum sebanyak-banyaknya, tidak mengikut perintah Allah Ta’ala. Enam ribu sahaja yang layak berjuang. Tujuh puluh empat ribu lagi menjadi bacur dan penakut. 

Sepatutnya mereka yang minum banyaklah berani. Rupanya berat perut, jadi penakut. Ruhnya tidak kuat.

Namun begitu Allah Ta’ala memberi kemenangan kepada nabi Daud AS dengan mukjizat kegagahan nabi Daud yang luar biasa, boleh melembutkan besi dengan tangannya. Nabi Daud AS melontar batu sehingga mengenai topi besi raja Jalut yang kafir itu, tembus kepala dan membunuh raja Jalut di medan peperangan.

Ini adalah mukjizat yang dilihat kepada bani Israil. Nabi Daud menjadi Khalifah dan disambung oleh anaknya nabi Sulaiman AS.

Nabi Sulaiman menjadi Khalifah selepas nabi Daud AS tetapi Bani Israil tidak patuh sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala. 

Ini menyebabkan nabi Sulaiman AS berdoa, “Diberikannya kerajaan yang tidak saigia diberi kepada seseorang itu bersama dengan nabi Sulaiman bala tentera jin dan bala tentera binatang untuk menjadi mukjizat”. Ini adalah ayat-ayat yang dilihat oleh Bani Israil.

Umat yang bersama dengan nabi daripada awal hingga akhir ialah umat Muhamad SAW, generasi para sahabat RA. Mereka berjuang dengan Rasulullah tiga belas tahun di Mekah, kemjudian berhijrah ke Madinah, bergabung dengan golongan Ansar. Mereka diuji dalam peperangan Badar. 

Apabila mereka pergi ke Badar jumlah tiga ratus tiga belas orang, tiba-tiba mereka terserempak dengan kaum musyrikin yang jumlahnya seribu orang, dengan senjata yang lengkap. Walaupun mereka tidak cukup senjata, apabila ditanya oleh nabi SAW, “Bagaimana pendapat kamu wahai tuan-tuan”.

Al-Mikdat menjawab, “Ya Rasulullah, kami tidak kata kepada Rasulullah sebagaimana kaum Bani Israil kata kepada nabi Musa, apabila nabi Musa ajak berjuang Bani Israil wahai Musa pergilah kamu dengan tuhan kamu, kami hendak duduk di sini. 

Kami tidak akan kata begitu wahai Rasulullah. Kami akan kata wahai Rasulullah pergi kami akan bersama dengan Allah dan Rasul”

Inilah dia generasi sahabat yang bersama dengan nabi SAW maka Allah Ta’ala menyempurnakan keadaan demikian kepada nabi akhir zaman, nabi Muhamad SAW.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment