Sunday, November 6, 2016

MEMILIH PEMIMPIN – THALUT DAN ADAM




Firman Allah Ta’ala maksudnya, “Dan berkatalah nabi mereka, kaum Israil, di kalangan orang Yahudi, Allah telah memilih kepada kamu Thalut, seorang yang bernama Thalut akan menjadi raja untuk memerintah kamu, mereka berkata bagaimana Thalut boleh menjadi raja dan memimpin kami, ia tidak ada harta sesen pun. Mengapa tidak dipilih di kalangan kami orang-orang kaya yang banyak harta”,

Bagi mereka pemimpin atau pemerintah sepatutnya yang boleh memberi wang, yang boleh memberi harta, yang boleh memberi kesenangan.

Ini adalah ajaran Bani Israil, ajaran orang Yahudi dan inilah ajaran yang sedang merosakkan kita sekarang, yang sedang menjahnamkan kita sekarang. Hari ini tidak jahnam lagi. Tunggulah masa akan jahnam, akan menerima akibatnya. Akan jahnam di dunia dan akan jahnam di akhirat.

“Nabi mereka berkata Allah memilih Thalut kerana dia ada ilmu dan dia seorang gagah berani.

Di sini Allah memilih nabi Adam AS’

Setelah nabi Adam dipilih, “Allah Ta’ala mengajar Adam nama-nama seluruhnya”
Nama-nama diajar kepada Adam AS, ilmu dahulu diajar.

 Kemudian “Allah Ta’ala tunjuk apabila Allah memerintah semua sujud kepada Adam. Semua sujud melainkan iblis’.

Malaikat sujud tetapi iblis tidak sujud. Allah Ta’ala tunjuk kepada Adam AS ini perangai malaikat, ini perangai iblis.

Perangai malaikat ialah makhluk yang sangat taat kepada Allah Ta’ala. Bila Allah Ta’ala menanya Adam nama-nama Adam boleh jawab, Allah Ta’ala menanya malaikat, malaikat tidak boleh jawab.

“Malaikat berkata kami tidak ada ilmu maha suci Engkau wahai tuhan kami. Kami tidak ada ilmu melainkan apa yang engkau ajar kepada kami, Engkaulah tuhan yang maha mengetahui lagi maha bijaksana”.

Allah Ta’ala menunjuk kepada Adam AS perangai makhluk yang baik, malaikat, yang merendah diri, yang tunduk kepada Allah Ta’ala.

Iblis tidak sujud kepada Adam bila Allah Ta’ala tanya mengapa tidak sujud iblis kata, “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau jadikan aku daripada api, Engkau jadikan Adam daripada tanah”.

Malaikat merendah diri, iblis sombong.

Kemudian Adam dimasukkan ke dalam syurga. Setelah duduk di dalam syurga bernikmat dengan isteri dalam syurga, makan minum yang lazat, pakaian yang cantik, tiba-tiba iblis menggoda nabi Adam. 

Sebaik-baik iblis menggoda Adam tercabut pakaian, hilang segala makanan dan minuman.
“Lalu kami berfirman wahai Adam, wahai Hawa, wahai iblis turun kamu semua ke bumi”.
Dihalau Adam, Hawa dan iblis turun ke bumi. Adam dan Hawa menyesal di atas perbuatannya. 

Allah Ta’ala hantar Adam dengan Hawa ke bumi dalam keadaan tidak ada pakaian, tidak ada makanan. Mengapa tidak dibekal makanan, beri nasi lemak dua tiga bungkus, beri pakaian dua tiga helai. Tidak, kosong sama sekali. 

Ini menandakan bukan dengan benda. Allah Ta’ala mulakan dengan pembangunan manusia, dengan iman, dengan akhlak, dengan taubah, dengan inabah, dengan kembali kepada Allah Ta’ala.

Adam bertaubat tetapi iblis tidak bertaubat. Iblis sampai kiamat tidak bertaubat.
Adam yang bertaubat, yang kembali kepada Allah dengan iman, dengan akhlak dan dengan ilmu yang diberi kepadanya menyebabkan ia layak dipilih oleh Allah Ta’ala untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. 

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment