Monday, November 7, 2016

KELEBIHAN MENJAMU ORANG BERPUASA




Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Dari Zahid bin Khalid Alzuhani RA daripada nabi SAW sabdanya, “Sesiapa berjamu berbuka puasa kepada orang yang berpuasa adalah baginya seumpama pahalanya, pahala orang yang berpuasa itu melainkan tidak mengurangkan daripada pahala orang yang berpuasa sedikit pun”. Hadis riwayat Turmizi katanya hadis ini hadis Hasan. 

Hadis ini menyatakan kelebihan orang yang menjamu orang yang berpuasa supaya berbuka puasa, Allah Ta’ala memberi kelebihan pahala puasa kepadanya walaupun dia tidak berpuasa (jika puasa sunat). Jika puasa wajib dia menjamu orang dan dia tidak puasa maka dosa meninggal puasa. Menjamu orang berbuka puasa apa lagi puasa wajib lagi besar kelebihannya. Allah Ta’ala memberi pahala kepada orang menjamu orang berbuka puasa dalam keadaan Allah Ta’ala tidak mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.
 
Dalam masalah pahala kita tidak boleh samakan dengan wang. Kalau wang RM30 diberi kepada orang RM10 tinggal lagi RM20. Pahala tidak begitu. Jika kita ada sepuluh pahala kita beri sepuluh kepada orang kita ada sepuluh juga. Allah Ta’ala boleh buat begitu, ini kuasa Allah Ta’ala dan Allah Ta’ala melakukan demikian. Oleh itu orang yang menjamu orang berbuka berpuasa mendapat pahala daripada orang yang berbuka puasa, dan pahala orang yang berbuka berpuasa itu dikekalkan.

Menunjukkan menjamu orang berbuka puasa satu amalan yang baik dan digalakkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Dan daripada Ummi Umarah al-Ansyariah RA bahawa nabi SAW  bersabda katanya bahawa dia menceritakan telah datang mengunjungiku oleh nabi SAW lalu aku menghidang kepadanya makanan untuk dimakan oleh nabi SAW lalu dia bersabda, “Makan”

Lalu dia berkata, “Saya berpuasa, saya tidak boleh makan kerana berpuasa wahai Rasulullah, saya hidang untuk Rasulullah”.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Sesungguhnya orang berpuasa bersalawat ke atasnya oleh malaikat apabila diberi makan di sisinya sehingga orang yang makan itu selesai makan dan mengikut riwayat yang lain sehingga mereka kenyang”. Hadis riwayat al-Termizi dan katanya hadis Hasan.

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang berpuasa (puasa sunat) menjamu kepada orang tidak berpuasa.  Kelebihannya ialah malaikat bersalawat kepadanya yakni meminta Allah Ta’ala memberi rahmat kepadanya dan mengampunkan dosanya sehingga orang yang makan itu habis makan. 

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Dari Annas RA bahawa nabi SAW telah datang mengunjungi Saad bin Ubadah RA (Saad bin Ubadah ialah seorang pemimpin Ansyar yang dicalunkan oleh orang Ansyar menjadi khalifah selepas wafatnya nabi SAW, tetapi dia telah ditolak kerana hadis mengatakan mesti dipilih daripada Qaraisy, maka dipilih Abu Bakar RA) dan dia hidang kepada nabi SAW ruti dengan minyak zaitun. 

Lalu Rasulullah SAW makan dan kemudian bersabda, “Makan di sisi kamu oleh orang berpuasa, berbuka di sisi kamu oleh orang berpuasa dan memakan makanan kamu oleh orang-orang yang baik dan bersalawat kepada kamu oleh para malaikat”. 

Ayat ini menepati doa kepada keluarga yang menjamu kita. Bila hadir jamuan dan sebelum meninggal jamuan sunat dibaca doa ini, doa yang dibaca oleh nabi SAW.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment