Monday, November 7, 2016

KELEBIHAN IKTIKAF




Iktikaf ialah duduk dalam masjid. Iktikaf ialah sebahagian daripada ibadat kerana masjid ialah rumah Allah. Iktikaf disunatkan sepanjang masa dan lebih digalakkan di bulan Ramadan. 

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Dari Ibni Umar RA katanya Rasululllah SAW beriktikaf sepuluh yang akhir dari bulan Ramadan”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis menunjukkan bahawa antara amalan nabi SAW ialah beriktikaf di sepuluh yang akhir bulan Ramadan di antaranya ialah untuk mencari kelebihan Lailatul Qadar, kerana salah satu daripada sepuluh malam itu ialah malam Lailatul Qadar dan kelebihan bulan Ramadan itu sendiri.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Dan daripada Aisyah RA bahawa nabi SAW adalah menjadi amalannya beriktikaf sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadan sehingga dia wafat, Allah mewafatkan dia kemudian diteruskan oleh isteri-isterinya selepasnya”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis menunjukkan bahawa menjadi amalan nabi SAW beriktikaf di masjid sepuluh yang akhir di bulan Ramadan dan disambung oleh isteri-isteri nabi SAW selepas wafatnya.

Sabda nabi SAW maksudnya, “Daripada Abi Hurairah RA katanya nabi SAW beriktikaf di masjid pada tiap-tiap bulan Ramadan sepuluh hari manakala tahun dia wafat dia beriktikaf selama dua puluh hari”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Semua hadis ini menunjukkan bahawa nabi kita SAW beriktikaf di bulan Ramadan kerana paling afdal beriktikaf ialah di bulan Ramadan. Dan menjadi amalan sampingan daripada bulan Ramadan untuk mendapat kelebihan bulan Ramadan

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment