Monday, November 7, 2016

RAMADAN DAN PUASA RAMADAN (A)




Firman Allah Ta’ala yang bermaksud, “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia terkandung di dalamnya keterangan-keterangan daripada petunjuk dan Furqan yakni yang membezakan antara dua perkara; betul dan salah, adil dan zalim, Islam dan jahiliah, Iman dan kufur, maka sesiapa di kalangan kamu yang menyaksikan bulan Ramadan maka hendaklah dia berpuasa”.

Suaikenal Ramadan:

Allah Ta’ala memilih bulan Ramadan sebagai bulan yang wajib bagi orang Islam berpuasa. Ia adalah perintah langsung daripada Allah melalui wahyu. Wahyu ialah kata-kata Allah yang disampaikan kepada nabi Muhamad SAW.

Allah Ta’ala memilih Ramadan kerana ia mempunyai sebab-sebab tertentu dan janji-janji gembira kepada hamba-hamba-Nya. Bulan Ramadan dipilih kerana ada keistimewaan. Wajibnya puasa Ramadan adalah perintah daripada Allah disampaikan kepada Rasulullah SAW secara wahi yang dibawa oleh malaikat Jibril.

Perkataan Ramadan berasal daripada perkataan Arab iaitu RAMADA. Ramada ialah meletakkan senjata di antara dua batu untuk diasah supaya tajam dan berkilau. Kebiasaannya masyarakat Arab berperang pada bulan Syawal. Pada bulan sebelum itu mereka mengasah senjata dan menghiasnya. Oleh itu mereka menamakan bulan itu dengan nama Ramadan.

Ramadan juga bermakna panas matahari yang memanaskan pasir. Mereka menamakan bulan puasa dengan Ramadan kerana tengkak haus yakni tengkak dahaga disebabkan bahang matahari pada siang hari waktu berpuasa.


Apa itu puasa:

Istilah puasa dalam bahasa Melayu berasal daripada terjemahan kiam atau khaum dalam bahasa Arab yang memberi makna imsak iaitu menahan diri daripada apa sahaja seperti makan minum bercakap dan lain-lain.

Contoh menahan diri yang dimaksudkan adalah daripada kenyataan Allah dalam kisah Maryam AS, ibu nabi Isa AS.

Perkataan khaum yang diterjemah dalam bahasa Melayu dengan kuasa atau perkataan kiam asalnya dengan makna imsyak iaitulah menahankan diri daripada apa sahaja. Diambil perkataan khaum atau pun kiam melalui ucapan Siti Maryam AS, ibu nabi Isa AS yang disebut dalam Quran.

Kata-kata Maryam dirakamkan dalam surah Maryam ayat 26 bermaksud, “Sesungguhnya saya bernazar kerana tuhan yang maha pemurah bagi berpuasa yakni menahan diri daripada bercakap”. Allah Ta’ala memeritah Siti Maryam, mengilhamkan Siti Maryam supaya berpuasa dengan menahankan diri daripada bercakap dengan orang.

Dalam istilah syarak puasa yang dimaksudkan ialah menahan diri daripada perkara yang membatalkannya dengan sengaja, tempohnya bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari. Sekiranya seseorang itu menahan diri daripada makan dan minum tanpa niat ia tidak dinamkan puasa. Begitu juga sekiranya hanya tidak makan dan minum seperti orang bukan Islam berpuasa juga tidak dinamakan puasa. 

Puasa mestilah menahankan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dengan niat bermula daripada fajar sehingga jatuh matahari. Jika tidak ada niat tidak dinamakan puasa walaupun tidak makan dan minum.

Puasa terbahagi kepada dua iaitu puasa wajib dan puasa sunat.

Puasa wajib ialah puasa yang kita buat mendapat pahala dan jika tinggal berdosa. Puasa sunat pula jika buat boleh pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa.

Puasa wajib adalah seperti berikut:

1. Puasa dilakukan pada bulan Ramadan.
Puasa Ramadan diwajibkan oleh Allah Ta’ala bagi umat Islam.

2. Puasa Nazar.

Orang bernazar misalnya jika baik sakitnya dia bernazar dengan nama Allah hendak puasa Isnin Kamis selama sebulan. Maka puasa sunat itu menjadi wajib ke atasnya.

3. Puasa kaffarah
Puasa kaffarah adalah hukuman kerana melakukan kesalahan tertentu dari segi hukum syarak. Kesalahan seperti bersetubuh dengan isterinya waktu siang hari, wajib baginya membebaskan hamba. Jika tidak mampu memerdehkakan hamba dia wajib berpuasa dua bulan berturut-turut. 

Atau pun dia bersumpah dan melanggar sumpahnya. Bagaimana hendak selesaikan. Antaranya berpuasa.

Atau pun melakukan zihar terhadap isterinya. Misalnya dia kata isterinya macam ibunya. Dia menyamakan isterinya dengan orang yang haram nikah dengannya. Dia tidak boleh bersetubuh dengan isterinya melainkan selepas dia menyelesaikan ziharnya. Antaranya ialah berpuasa.

Puasa sunat pula mempunyai pelbagai jenis. Puasa sunat tidak wajib dilakukan. Ia terpulang kepada kemahuan individu secara sukarela. Sekiranya seseorang muslim tidak melakukannya dia tidak berdosa.

Antaranya ialah seperti berikut:

1. Puasa selama enam hari pada bulan Syawal.
Lepas raya disunatkan berpuasa enam hari berturut-turut ataupun berselang-selang.

2. Puasa hari Arafah
Iaitulah Sembilan hari bulan Zulhijah ketika Jemaah Haji wukuf di Arafah. 

3. Puasa hari Isnin Kamis dan lain-lain.
Banyak lagi puasa sunat.

Kenapa puasa bulan Ramadan penting?

Puasa sepanjang bulan Ramadan hukumnya wajib. Kalau tidak berpuasa berdosa. Wajib bagi umat Islam yang cukup syarat berpuasa. Seorang Islam yang berakal, yang baligh, yang mukallaf, yang tidak uzur wajib berpuasa.

Puasa Ramadan adalah salah satu daripada lima rukun Islam. 

Allah Ta’ala berfirman dalam ayat 183 surah al-Baqarah bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang pernah diwajibkan ke atas umat yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa”
.
Ayat ini menyatakan puasa itu wajib tetapi tidak dinyatakan bulannya. Bulannya diterangkan dalam ayat berikutnya.

Allah Ta’ala mewajibkan kepada orang-orang yang beriman berpuasa. Ini bermakna kalau kamu benar beriman maka kamu berpuasa. Jika beriman main-main maka tidak puasalah jawabnya. Puasa ini juga diwajibkan kepada pengikut-pengikut nabi terdahulu. 

Allah Ta’ala mengatakan tujuan berpuasa ialah supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah iaitu mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Maknanya ibadat puasa melatih, mendidik diri kita dan membiasakan diri kita supaya menjadi orang yang bertakwa kepada Allah Ta’ala.

Tiap-tiap Jumaat khatib berkhutbah takwa kepada Allah menunjukkan takwa kepada Allah amat penting yang menentukan pangkat kedudukan manusia di sisi Allah yang sebenarnya bukan harta benda, bukan rupa paras, bukan baka dan keturunan.

Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Wahai manusia sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan antara satu sama lain dan yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa kepada Allah”

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Semua kamu daripada Adam, Adam daripada tanah tidak ada kelebihan antara orang Arab dengan bukan Arab, di antara orang kulit putih dengan kulit hitam melainkan dengan takwa”

Takwa yang menentukan harga diri manusia, pangkat manusia, kedudukan manusia di sisi Allah Ta’ala. 

Maka ibadat puasa mengajar kita menjadi orang yang bertakwa di sisi Allah Ta’ala.
Allah Ta’ala berfirman lagi dalam ayat 185 surah al-Baqarah maksudnya, “Bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia di dalamnya terkandung keterangan-keterangan daripada petunjuk dan pemisah yang membezakan antara betul dan salah. Sesiapa di kalangan kamu yang menyaksikan bulan Ramadan maka wajiblah dia berpuasa. 

Sesiapa yang sakit ataupun berada dalam keadaan musafir lalu meninggalkan puasa hendaklah dia melaksanakannya pada bulan yang lain (qodar). Allah mahu memudahkan kamu dan tidak mahu menyusahkan kamu, kamu hendaklah menyempurnakan bilangan puasa itu dengan secukupnya dan hendaklah juga membesarkan Allah (yakni bertakbir) kerana mengurniakan petunjuk kepada kamu dan supaya kamu bersyukur kepada-Nya”.
Ayat ini menyatakan bulan Ramadan ialah bulan yang mulia di sisi Allah, bulan yang Allah Ta’ala pilih diturunkan al-Quran. Al-Quran ialah petunjuk kepada manusia keterangan-keterangan daripada petunjuk yang membezakan antara yang betul dan yang salah. 

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment