Sunday, November 6, 2016

KISAH NABI MUSA




Ayat yang kita baca ini merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT, tanda-tanda yang kita baca dalam Quran. Ada tanda-tanda benarnya apa yang tuhan kata. Tuhan tinggalkan saki-baki, kesan daripada kaum yang dibinasakan ini yang boleh dilawati oleh semua pelancung di dunia yang melawat untuk mengambil iktibar dan pengajaran.

Peninggalan oleh kaum-kaum yang dibinasakan oleh Allah ada di Mesir, ada di Jordan, ada di Palastin, ada di Yaman dan ada di Arab Saudi. Tempat-tempatnya masih ada.

“Dan pada kisah nabi Musa di dalamnya ayat-ayat pengajaran apabila Kami utuskan Musa menjadi rasul kepada Firaun, dengan hujah-hujah yang nyata dia adalah rasul daripada Allah dengan mukjizat, mukjizat tongkatnya, mukjizat yang keluar daripada tangannya cahaya yang putih dan mukjizat berbagai-bagai perkara lagi yang menunjukkan Musa ialah Rasulullah. 

Tukang-tukang sehir Firaun pun tahu yang ditunjukkan oleh nabi Musa itu bukan seher, itulah mukjizat daripada Allah. Lalu ahli-ahli seher itu beriman kepada Allah, percaya kepadanya kerana yakin Musa adalah Rasulullah. Apa yang dibawa oleh Musa itu ialah ayat, adalah mukjizat yang diberi kepada seorang rasul bukan seher dan bukan main-main”.

Ahli-ahli sehir dijanji oleh Firaun menjadi orang besar. Jika menang berlawan seher dengan nabi Musa mereka akan menjadi orang besar, jadi orang besar bukan jadi ketua kampung, jadi orang besar di bawah kerajaan Firaun, kerajaan kuasa besar dunia di zaman itu.
Tetapi bila ahli-ahli sehir melihat apa yang ditunjuk oleh nabi Musa adalah mukjizat, adalah tanda seorang rasul lalu mereka pun beriman kepadanya. Tetapi Firaun tidak beriman.

“Lalu dia berpaling bersama dengan kumpulan-kumpulannya, bala tenteranya, pembesarnya, menterinya, anak buahnya, dia merasa dia kuat, dia tidak ikut Musa dan dia heret sama pengikut-pengikutnya dan segala kekuatannya. Dia berasa megah dengan kekuatannya”

Lalu dia kata, “nabi Musa ini ahli sehir, atau nabi Musa ini gila. Disebut dalam ayat yang lain nabi Musa hendak menjadi raja, hendak menjadi orang besar”.

Sekarang pun ada juga yang berfikiran begitu. Orang berjuang Islam ini hendak menjadi orang besar. Serupalah dengan Abu Jahal berkata kepada nabi Muhamad SAW hendak menjadi orang besar. 

Memang hendak menjadi orang besar, hendak melaksanakah hukum Allah, hendak melaksanakan syariat Allah. Dia bukan gila, tetapi hendak menegakkan Islam. Kalau kamu ikut Islam maka kita akan mengikut kamu. 

Sebagaimana yang dibuat oleh nabi SAW, bila raja Bahrain Ibla Julanda, dua orang anaknya masuk Islam kedua-duanya dikekalkan menjadi raja Bahrain. Begitu juga raja Habasah. Raja Habasah apabila menerima surat nabi dan masuk Islam dan dikekalkan menjadi raja.

Jika Firaun menerima Islam nabi Musa akan mengekalkan takhtanya di Mesir. Tetapi dia tidak mahu masuk Islam. Dia kata nabi Musa seher, gila, nabi Musa hendak menjadi orang besar, hendak merampas kuasa semata-mata. Apa yang penting ialah kamu gunakan kuasa kamu untuk melaksanakan hukum Allah. 

“Lalu Kami ambil dia bersama bala tenteranya, Kami campakkan mereka ke dalam laut”
Mereka dicampak ke laut dalam keadaan menghinakan. Firaun yang mempunyai berjuta bala tentera dan dalam masa yang sama mendirikan bangunan-bangunan yang hebat dan masih ada lagi di Mesir. Setiap batu-bata bangunan itu sebesar lori. Ada alat untuk mengangkatnya, menunjukkan sudah ada kemajuan zaman Firaun. 

Bila nabi Musa diperintah oleh Allah meninggalkan negeri Mesir, berhijrah bersama dengan Bani Israil, Firaun mengerahkan bala tenteranya yang besar mengejar nabi Musa dan kaumnya yang beriman untuk dihapuskan riwayatnya.

Tetapi Allah Ta’ala hukumkan Firaun dengan mencampak mereka ke dalam laut. Mereka dibinasakan dalam keadaan hina. Allah Ta’ala jadikan bangkai Firaun dibawa ke darat dan masih ada disimpan dalam muzium Mesir untuk ditonton oleh manusia. Inilah manusia yang sombong dan angkuh di zaman dahulu.

Bila orang kafir melihat mayat itu mereka berkata hebatnya awet. Mayat itu tidak hancur tetapi macam ikan kering. Tuhan peliharakan mayat Firaun untuk ditonton oleh manusia selepasnya. Inilah manusia yang telah menunjukkan kekuasaan, yang telah membodohkan rakyatnya.

“Dan Firaun menyeru kaumnya dan berucap, ‘Wahai kaumku rakyat negeri Mesir, akulah yang ada kuasa, sungai-sungai yang mengalir di Mesir ini adalah dengan perintah aku”. 

Kalau tiada aku, tiada tali air ini. Sekarang pun sama, tidak ada aku tidak ada jalan raya. Aku yang membuat semua ini. Nabi Musa boleh memberi apa. Nabi Musa tidak boleh memberi apa-apa, boleh bercakap, pandai berceramah sahaja. Ini disebut dalam Quran. 

Sekarang kita perhatikan ada atau tidak jenis semacam ini. Bila diajak membuat Islam mereka berkata bercakap sahaja. Cakap sahajalah dulu sebab tidak ada kuasa, tidak ada kemampuan. Cakap sahaja, kamu yang ada kuasa apa kamu buat terhadap Islam, ikut Quran atau tidak.

Nabi Musa padai bercakap sahaja tidak boleh buat apa-apa. Aku boleh memberi sungai-sungai yang mengalir. Mengapa tidak ada pada Musa tanda-tanda kebesaran, gelang emas, atau malaikat bersama dengannya. Tidak ada apa kuasa, aku yang ada kuasa. 

“Maka Firaun telah berjaya menjadikan rakyatnya bodoh”
Rakyat menjadi bodoh, kalau tiada dia tidak boleh hiduplah kita, tidak boleh senanglah kita. Ini perasaan rakyat Firaun. 

Tuhan mencerita dalam al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita. Quran adalah petunjuk sehingga hari ini dan sehingga hari kiamat.

Firaun yang bercakap besar dan hebat akhirnya tuhan selam dan binasakan dia dan bala tenteranya di dalam laut.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment