Mujahadah dengan makna berjihad menentang
hawa nafsu sendiri. Melawan nafsu yang ada dalam diri kita sendiri, melawan
gangguan-gangguan syaitan yang boleh meletakkan perasaan di dalam hati kita
kerana syaitan makhluk yang ghaib ini boleh masuk dalam diri kita mengalir
bersama dengan darah masuk dalam jantung dan otak kita menyebabkan kita
berfikir macam-macam daripada masa jaga hingga masa tidur. Kita tidur pun dia
masuk lagi. Jadi kita disuruh bermujahadah bersungguh menghadapi tipu daya
syaitan ini.
Jangan berasa kita ini bijak. Kalau kita
ada perasaan begitu maka kita macam syaitan jugalah
Firman Allah Ta’ala: “Dan orang-orang
yang bersungguh pada jalan kami, kami akan tunjukkan padanya jalan-jalan kami,
sesungguhnya Allah Ta’ala bersama dengan orang berbuat kebajikan ruh dan
jasad.”
Manusia diganggu oleh syaitan jin dan
syaitan manusia.
“Syaitan yang menggangu
manusia terdiri daripada jin dan manusia.”
Syaitan manusia mengganggu kita dengan
cakap-cakap yang menipu kita; jika ikut Islam susah cari makan, susah naik
pangkat, kena tindas dan sebagainya.
Syaitan jin masuk dalam tubuh manusia
menghasut dan mengganggu kita terutama dalam sembahyang. Dia meniupkan
perasaan-perasaan yang melemahkan kita daripada beramal dengan Islam dan
menyebabkan kita terikut-ikut dengan hawa nafsu. Masa segar dan muda ini boleh
buat apa sahaja. Kita tidak tahu bila mati. Muda pun mati dan tengah-tengah
sihat pun mati.
Oleh itu kita sentiasa bermujahadah yakni
bersungguh berbuat baik mengikut perintah Allah Ta’ala dan meninggalkan
larangannya. Berbuat baik bermakna ikut perintah dan tinggal yang haram.
Tuhan memberi dua pahala; membuat baik
dapat pahala dan meninggal yang haram pun mendapat pahala juga. Ini kelebihan
tuhan beri kepada kita orang beriman.
Orang-orang yang bersungguh mencari dan
belajar agama kerana hendak membuat apa yang kita boleh buat perintah agama,
maka kita hendaklah membuat bersungguh-sungguh. Apa yang kita tidak boleh buat
hendaklah kita berazam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuatnya.
“Barangsiapa yang bersungguh pada jalan
Kami, Kami akan tunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami.” Ini janji daripada Allah
Ta’ala.
Jika kita bersungguh membuat baik
walaupun tersalah akan menjadi betul akhirnya dengan pertolongan Allah Ta’ala.
Firman Allah Ta’ala: “Dan sembahlah tuhan
kamu, abdikan diri kepada-Nya dengan mengerjakan ibadat yang diwajibkan,
disunatkan dan berjuang untuk menegakkan agama Allah supaya agama Allah dapat
ditegakkan di atas muka bumi, supaya seluruh dunia tunduk kepada hukum Allah
Ta’ala.”
Bukan sahaja untuk diri kita tetapi untuk
seluruh masyarakat. Seluruh kehidupan kita adalah beribadat kepada Allah
Ta’ala. Kita membuat kerja untuk mencari harta yang halal untuk keluarga, untuk
keluar zakat dan infak untuk meninggikan agama Allah.
Setelah kita mati baru kita yakin apa
yang kita lakukan atas dunia mengenai agama Islam adalah benar. Jadi kita kena
membuat amal hinggalah kita mati. Bila mati baru yakin apa yang kita buat atas
dunia adalah betul
Sebutlah nama tuhan kamu dan berputus
dengan sesuatu yang lain dengan sesungguh-sungguhnya. Hendak makan dan minum
sebut nama Allah dan selepas makan dan minum sebut nama Allah. Hendak masuk
tandas berdoa kepada Allah Ta’ala dan keluar tandas puji Allah Ta’ala.
Begitulah seterusnya.
Sepanjang masa ingat kepada Allah Ta’ala
dan putus dengan yang lain. Segala-galanya adalah kurnia Allah, yang lain-lain
adalah sebab-sebab sahaja. Orang memberi duit kepada kita adalah hamba Allah.
Bila menerima duit kita fikir orang yang memberi bantuan kepada kita, lupa
kepada tuhan. Kita tidak percaya kepada tuhan, kalau dia tidak beri bantuan
kepada kita maka laparlah kita. Inilah yang dikatakan tidak ada TABATTAL tidak
terputus dengan sesuatu yang lain.
Segala-galanya daripada Allah. Kalau
bukan rezeki kita makanan yang ada dalam mulut muntah dan keluar semula. Kalau
sudah menjadi rezeki kita buah limau daripada negeri China pun akan diatur oleh
Allah Ta’ala masuk dalam perut kita. Oleh itu kita disuruh berzikir, ingat
kepada Allah Ta’ala sepanjang masa.
Firman Allah Ta’ala al-Muzammir ayat 20: “Dan
apa-apa yang kamu kemukakan bagi diri kamu daripada kebajikan nescaya kamu
dapatinya berada di sisi Allah. Itulah yang lebih baik dan lebih besar
ganjarannya.”
Segala apa yang kamu buat daripada apa
yang baik kamu akan bertemu di hari kiamat kelak. Allah Ta’ala berjanji hendak
memberi pahala, Allah Ta’ala tetap akan tunai janjinya kerana mustahil bagi
Allah bersifat bohong. Allah Ta’ala menyimpan amal baik kita disisi-Nya dan
akan diserahkan pada hari kiamat kelak dengan ganjaran berlipat kali ganda.
Satu kebajikan diganda sepuluh kali, ada
yang diganda sampai tujuh ratus kali dan ada yang diganda tidak terhingga
banyaknya. Itu mengikut keputusan Allah Ta’ala berdasarkan kepada keikhlasan
hati kita kepada Allah Ta’ala.
Firman Allah Ta’ala al-Baqarah ayat 273:
“Dan apa-apa yang kamu sumbangkan daripada kebajikan maka sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dengannya.”
Apa-apa yang kamu sumbangkan Allah Ta’ala
tahu oleh kerana itu pilih yang terbaik dan yang kita sayang untuk disumbangkan.
Tidak perlu beritahu kepada orang, “saya ini ikhlas.” Ikhlas kita ini dengan Allah
Ta’ala tidak perlu beritahu kepada orang.
Banyak ayat mengenai perkara ini dalam
Quran
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment