Sepanjang pemerintahan Islam lebih seribu tiga
ratus tahun Islam menunjukkan keadilan untuk semua. Paling hebat zaman nabi,
Zaman khalafah ar-rasydin, zaman Omar Abdul Aziz dan zaman Muhamad al-Fatih.
Zaman Umar al-Khattab apabila seorang pemuda kifti yang menang
lumba kuda mengalahkan anak gabenor Mesir Ammar bin ‘Az menyebabkan anak
gabenor Mesir marah kerana kalah perlombaan itu. Ditamparnya pemuda Kristian
optik itu. “Kamu tidak kenal, aku anak gabenor patut kamu buat kalah.” Katanya.
Pemuda kifti ini datang ke Madinah dengan ayahnya, berbulan
perjalanan mengadu kepada Khalifah Umar al-Khattab anak sya ditampar kerana
menang lomba kuda. Anak gobenor dipanggil dan dia mengaku menampar kerana kalah
berlomba kuda. Mengikut hukum Islam ialah hukum qisas. Hukum jenayah qisas,
tampar dibalas dengan tampar.
Saidina Umar kata sila tampar anak orang bangsawan ini. Ini
keadilan Islam.
Zaman Saidini Umar dan Umar bin Abdul Aziz bukan
sahaja pegawai kerajaan mendpat pencen rakyat tua pun dapat pencen termasuk
rakyat bukan Islam.
Kenapa?
Kerana harta negara tidak lesap.
Bila
Saidina Umar memakai baju selepas Rome dan Farsi dibuka kain-kain
dibahagi-bahagi dan Saidina Umar memakai pakaian baru berucap di masjid: “Wahai
tuan-tuan dengar dan taat.”
Lalu
seorang menjawab: “Kami tidak mahu dengar dan tidak mahu taat. Dari mana baju
baru yang kamu pakai ini. Badan kamu besar kain yang dibahagi tidak cukup membuat
baju kamu.”
Saidina
Umar menyuruh anaknya memberi penjelasan.
Anaknya
mengatakan: “Sebenarnya saya beri kain bahagian saya kepada ayah saya untuk
membolehkan ayah saya membuat baju.”
Anaknya
memberi penjelasan yang adil dan dapat diterima oleh semua orang.
Ini
penyelesaian dalam Islam. Oleh itu kita mahu pemerintah yang adil dan amanah.
KULIAH
YT
No comments:
Post a Comment