Saturday, November 12, 2016

CAHAYA YANG TIDAK BOLEH DIPADAMKAN


Islam memerintah dunia lebih daripada seribu tiga ratus tahun dengan tamadun Islam yang diambil daripada India, China, Rome, Farsi, Mesir dan lain-lain.

Akhirnya orang Islam mengalami kelemahan kerana Allah tidak mengekalkan kerajaan manusia di dunia ini. Bukan sahaja kerajaan zalim, Firaun dan Namruk tidak dikekalkan bahkan kerajaan Islam, kerajaan nabi Sulaiman dan kerajaan Zulkurnain tidak dikekalkan.

Maka jangan fikir kerajaan yang ada sekarang kekal. Kerajaan India sudah jatuh, NDP Jepun sudah jatuh, Suharto sudah jatuh dan Soviet Kominis pun sudah jatuh.

Selepas kejatuhan Islam barat mengambil tamadun Islam. Barat hanya mengambil tamadun tidak mengambil aqidah dan akhlak. Mengambil tamadun sains dan teknologi menyebabkan kemajuan menjadikan manusia lebih ganas daripada haiwan. Mencipta senjata atom yang membunuh manusia di Hirosyima dan Nagasaki di Jepun dalam perang dunia kedua.

Mencipta ubat-ubatan yang merosakkan manusia. Islam mengatakan candu dan dadah boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan haram untuk yang lain. Tetapi barat mengambil ilmu tiada halal dan haram. Akhirnya dadah digunakan untuk ketenangan dan menghilangkan rungsing.

Soviet Union yang menganut teori sosialisma yang paling ekstrim hancur berkecai dalam tahun 1980. Bila jatuhnya Soviet Union, satu kuasa besar dunia ahli-ahli fikir barat antara yang tersohor ialah Profesor Fransis Okoya, seorang pemikir daripada Havard Universiti keturunan Jepun membuat kenyataan dengan kejatuhan Soviet Union dunia dikuasai oleh satu tamadun barat.

Tamadun India, China, Islam, Farsi dan Rom dalam lipatan sejarah. Tamadun barat akan menguasi dunia menjadi kuasa yang tunggal.

Maka Bush di masa itu membawa orde baru dunia untuk menguasai dunia dan Amerika menjadi kuasa besar yang tunggal.

Tiba-tiba seorang profesor yang lain Hunt Tin Ten mengatakan jangan lupa di sana ada cahaya yang terpendam yang tersembunyi dan tidak boleh di padamkan. Ianya boleh muncul bila-bila masa iaitulah Islam. Walaupun Islam ditekan dan ditindas tetapi cahaya Islam tidak boleh dihapuskan.

Ada kalangan ulamak Arab hidup dalam buangan di Amerika dan Eropah. Tiba-tiba Islam bangkit semula. Islam diminati untuk dibaca. Ada yang masuk Islam dan yang tidak masuk Islam tidak bermusuh lagi dengan Islam.

Menyedari hakikat itu Amerika menyebarkan dakyah yang disebut ‘Islamafobia’, perasaan takut dan benci kepada Islam. Antara sifat orang barat ialah mereka suka membaca dan mengkaji.

Bila Islam dituduh ganas, zalim dengan tajaan barat untuk memburukkan Islam menyebabkan Quran terjemahan laris dijual. Quran terjemahan dalam bahasa Inggeris, Perancis, German, Rusia, Sepanyol, Belanda dan lain habis dijual. Orang barat berminat membaca. Orang Melayu berminat menonton filem.

Mereka yang berminat membaca ini membaca buku-buku Islam dan terdapat di kalangan mereka mula menerima Islam.

Fitnah mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka membuat perancangan baru untuk menghancurkan kebangkitan Islam. Mereka mengambil kelemahan yang ada pada umat Islam sendiri. Ada orang Islam yang melampau, mahu melaksanakan Islam serta merta.

Pencuri ditangkap dan terus potong tangan tidak payah membawa ke mahkamah. Ini tidak betul. Memaksa orang bukan Islam masuk Islam, jika tidak mahu masuk bunuh. Ini tidak betul. Nabi tidak membunuh orang munafik. Nabi membenarkan orang munafik datang ke masjid.

Ada satu kumpulan Islam lagi yang bermudah-mudah dengan Islam. Mereka mahu menegakkan Islam tanpa melaksanakan hukum syariat. Islam dilaksanakan tetapi tanpa peduli hukum syariat. Tidak peduli pada halal dan haram. Ini juga salah.

Kononnya ada orang Islam yang membuat begitu berjaya di Turkey. Urdugan menghadapi suasana di Turkey yang berbeza dengan Malaysia.

Selepas kejatuhan kerajaan Othmaniah di Turkey, Kamal Artatuk mengistiharkan haram menyebut politik Islam, haram menyebut pemerintahan Islam. Turkey wajib diperintah dengan sistem sekular. Sekularisma dilindungi oleh perlembagaan Turkey. Mana-mana kumpulan yang menegak Islam akan mengadapi tindakan tentera.

Di Malaysia boleh tubuh parti Islam, boleh membawa usul hudud di parlimen. Di Malaysia kita bebas berdialog dengan sesiapa sahaja. Tetapi ini semua tidak boleh dilakukan di Turkey.

Maka Urdugan membawa pendekatan adil untuk semua. Demokrasi untuk semua. Jangan ganggu Yahudi, jangan ganggu Kristian dan jangan ganggu juga Islam. Ini sesuai dengan Turkey.

Di Malaysia tidak menjadi kesalahan membawa agenda Islam. Masalahnya orang Melayu Islam kurang memberi sokongan. Tetapi akhir-akhir ini terdapat kesedaran untuk mendokong Islam. Terdapat di kalangan orang-orang muda yang mengkaji dan juga di kalangan penyokong pemerintah.

John Carry ada melawat Malaysia. Utusan ini berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan tidak diketahui apa yang dibincangkan. Mereka juga berjumpa dengan pemimpin pembangkang.

Amerika mengatakan mereka tidak menjadi masalah dengan parti lain kecuali parti yang memperjuangkan Islam kerana parti ini menolak agenda Amerika.

Pejuang Islam hanya takut kepada Allah kerana Allah lebih besar daripada Amerika.

Islam sedang menghadapi kuasa barat dan kuasa timor yang tidak mengizinkan Islam berkuasa sekali lagi. Kita tidak memaksa orang masuk Islam tetapi hanya tunduk kepada pemerintahan Islam.

Dalam politik Islam ada dua bahagian.

1. Thawabit
Thawabit ini ialah perkara aqidah, perkara dasar dan perkara matlamat. Ini tidak boleh diubah dan tidak boleh diganggu.

2. Mutarayyirat
Ini berkait dengan pendekatan dan boleh berubah. Tektik dan strategi boleh dibincangkan. Parti Islam boleh berbincang dengan parti-parti lain.

Perkara dasar tidak boleh dibincangkan, kita tidak akan berganjak kerana ini hak perjuangan Islam.

Bila Abu Talib berjumpa dengan nabi: “Wahai Muhamad pemimpin Mekah minta supaya jangan keras sangat bercakap Islam.”

Apa jawab nabi: “Kalau diletakkan matahari di kanan aku, bulan di kiri aku, aku tetap tidak berganjak.”

Ini jawapan perjuangan Islam.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment