Tuesday, November 8, 2016

NUZUL (PENURUNAN) AL-QURAN




Orang bertanya bagaimana al-Quran diturunkan. 

Jadi perlu penjelasan. 

Al-Quran ialah kalam Allah, kata-kata Allah. Bila disebut kalam Allah ia bersifat. Para ulamak mengatakan jika Quran itu tidak bersifat qadim, ada pendahuluannya bererti pada mulanya Allah itu bisu, akhirnya baru boleh berkata-kata sedangkan kalam Allah itu qadim, Qadimnya Allah SWT.

Al-Quran ialah kalam Allah, kata-kata Allah, percakapan Allah yang qadim iaitu sejak dulu lagi. Kita hendak bincang bagaimana Quran diturunkan.

Ulamak mengatakan ia diturunkan dalam tiga peringkat. 

1. Ke Luh Mahfuz

Luh Mahfuz ialah satu khazanah Allah SWT. Allah SWT menurunkan al-Quran tiga puluh juzuk dan disimpan di Luh Mahfuz. Bila diturunkan tidak diketahui.

2. Ke Baitul Izzah.

Daripada Luh Mahfuz diturunkan kali kedua ke Baitul Izzah iaitu di langit dunia. Baitul Izzah ialah satu khazanah Allah yang terletak di langit dunia, langit pertama. Quran diturunkan ke Baitul Izzah sekali gus pada bulan Ramadan iaitu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar.

Firman Allah Ta’ala maksudnya, ”Al-Quran diturunkan di bulan Ramadan iaitu sekali gus daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia”

Dalam ayat yang lain, “Sesungguhnya Kami turunkan al-Quran itu pada malam Lailatul Qadar”.

Ertinya Quran diturunkan sekali gus daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah pada malam Lailatul Qadar.

3. Turun kepada nabi kita Muhamad SAW secara munajjaman iaitu beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun.

Ayat pertama diturunkan mengikut riwayat bulan Ramadan juga, ialah “Ikrak ….”. 

Selepas itu Quran diturunkan kepada nabi SAW selama dua puluh tiga tahun secara munajjaman iaitu beransur-ansur berdasarkan keadaan dan tempat. Bila berlaku sesuatu perkara maka Quran diturunkan.

Mengikut Saidina Ali al-Quran diturunkan lima ayat setiap kali turun, melainkan surah al-An’am. Setiap kali Jibril menemui nabi SAW dia membawa lima ayat. Contoh ayat pertama ‘Ikrak….’ Lima ayat.

Barang siapa yang hendak menghapaz al-Quran dia menggunakan istilah sekali hafaz lima ayat. Insya Allah tidak akan lupa kata Saidina Ali. Ini satu kaedah menghafaz.

Daripada Baitul Izzah ayat Quran diturunkan kepada nabi Muhamad SAW sebanyak lima ayat sekali turun. Proses penurunan memakan masa dua puluh tiga tahun, iaitu tiga belas tahun di Mekah dan sepuluh tahun di Madinah. Ayat-ayat diturunkan di Mekah dinamakan ayat Makiyah dan ayat diturunkan di Madinah dinamakan ayat Madaniyah.

Di Mekah banyak ayat Quran yang diturunkan ditujukan kepada manusia sama ada Islam atau kafir. Ayatnya bermula dengan YA AYYUHANNAS bermaksud wahai manusia.
Di Madinah ayat yang diturunkan bermula dengan YA AYYUHALLAZI NAAMANU yang bermaksud wahai orang-orang beriman.

Mengikut para ulamak berdasarkan hadis Rasulullah SAW wahyu dibawa kepada nabi kita SAW melalui Jibril AS. Jibril yang membawa wahyu dan menyuruh nabi baca. Ayat pertama iaitu ‘Ikrak hingga akhir”. Nabi ikut Jibril membaca ayat ini hingga selesai.

Kadang-kadang wahyu datang kepada Rasulullah SAW seperti dengung bunyinya maka fahamlah nabi itu menunjukkan wahyu akan datang. 

Kadang-kadang malaikat Jibril menemui nabi dan memberitahu nabi, “Bacalah ini..”. Maka nabi pun bacalah ayat yang diturunkan.

Dalam surah al-Muzammil ayat 4 maksudnya, “Sesungguhnya kami akan sampai kepada kamu ayat-ayat yang berat untuk kamu menerimanya. Jika ayat ini dibaca kepada bukit nescaya bukit akan berkecai”. Tetapi manusia dengan kemampuan dan akalnya boleh menerima wahyu dengan begitu mudah.

Bagaimana cara Jibril baca.

Surah al-Furqan ayat 34 Allah berfirman maksudnya, “Dan begitulah kami tetapkan al-Quran pada hati kamu dan kami bacakan dia dengan tartil”
Dalam surah al-Muzammil ayat 4 maksudnya, “Bacalah Quran dengan cara tartil”
Dalam dua ayat ini terdapat perkataan tartil.

Apa erti tartil?

Mengikut Saidina Ali tartil ialah tajwidil huruf iaitu sebut huruf dengan betul dan tahu tempat wakafnya. Maka ulamak-ulamak ilmu Quran mengatakan bahawa tajwidil huruf ialah memberi tiap-tiap huruf itu haknya apa yang terhak baginya. 

Bila kita belajar tajwid ada panjangnya dan ada pendeknya, ada dengung dan tidak ada dengungnya, ada tebal dan ada nipisnya, ada mad panjang dan ada mad pendek. Itu yang dikatakan tajwid.

Al-Quran terdiri daripada enam ribu enam ratus enam puluh enam ayat. Tidak ada nas dan pendapat ulamak mengatakan begitu. Tetapi ulamak sepakat mengatakan jumlah ayat Quran ialah enam ribu dua ratus empat ayat (6,204).
 
Ada yang mengatakan enam ribu dua ratus sembilan belas (6,219). Ada yang mengatakan enam ribu dua ratus dua puluh lima (6,225) dan ada yang mengatakan enam ribu dua ratus tiga puluh enam (6,236). 

Ini yang berdasarkan kepada perkataan-perkataan yang terdapat dalam Quran. Ulamak sepakat tentang enam ribu dan khilaf tentang ratus.

Adapun bilangan perkataannya sepakat ulamak mengatakan bilangan perkataan ialah tujuh puluh tujuh ribu empat ratus tiga puluh sembilan perkataan (77,439).

Adapun bilangan huruf, untuk menghitungnya ulamak mengambil masa selama empat bulan dengan menggunakan kacang. Bilangan huruf semuanya ialah tiga ratus empat puluh ribu tujuh ratus empat puluh huruf (340,740). Itu adalah huruf-huruf Quran.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment