Tuesday, November 8, 2016

CARA WAHI DITURUNKAN




Orang-orang Yahudi bertanya nabi Muhamad SAW, “Adakah Allah bercakap dengan kamu dan adakah kamu melihat Allah sebagaimana nabi Musa AS mendengar kalam Allah Ta’ala dan melihat Allah Ta’ala. Kami tidak beriman kepada kamu wahai Muhamad sehingga kamu mengalami perkara yang sama sebagaimana yang dialami oleh nabi Musa AS”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Sesungguhnya nabi Musa tidak melihat Allah Ta’ala dengan matanya kerana ada hijab (dinding), lalu Allah Ta’ala menurunkan ayat yang kita baca Ini.

“Dan tidak ada bgi seseorang manusia itu layak untuk Allah bercakap kepadanya melainkan secara wahi yang diwahikan kepadanya iaitulah Allah Ta’ala mamasukkan ilham ke dalam hati yang tidak boleh ditembusi oleh syaitan dan iblis”. 

Iblis tidak boleh dekat sama sekali pada masa wahi diturunkan. 

Ini dapat dilihat dan dirasa sendiri oleh Rasul yang menerima wahi daripada Allah Ta’ala. Para sahabat sendiri melihat wajah Rasulullah dan jasadnya bermandi peluh bila menerima wahi daripada Allah Ta’ala. 

Bahkan diriwayatkan sekiranya Rasulullah SAW berada di atas unta ketika wahi diturunkan, berbunyi tulang unta seolah-olah hendak patah tulangnya. Dahsyatnya keadaan wahi diturunkan.

Allah Ta’ala tidak berkata-kata melainkan secara wahi yang diwahikan kepadanya secara ilham yang dimasukkan ke dalam hati rasul-rasul atau pun manusia yang dilantik menjadi nabi dan rasul.

“Ataupun Allah Ta’ala berkata-kata kepada rasul itu sebagaimana dia berkata-kata kepada nabi Musa AS dengan ada hijab. Nabi Musa tidak boleh melihat Allah Ta’ala”

Disebut dalam hadis kursi Allah Ta’ala mengadakan hijab di antara Dia dengan hamba-Nya sehingga hamba-Nya tidak boleh hendak melihat Allah Ta’ala. Sekiranya dibuang hijab itu nescaya apa yang dilihat oleh Allah Ta’ala itu semua hancur menjadi abu. Ini kehebatan Allah Ta’ala.

Apabila nabi Musa AS bermunajab digunung Turusaina dan Allah Ta’ala berfirman kepadanya supaya melihat kepada gunung Turusaina. Apabila Allah Ta’ala menjelma dengan cara yang layak dengan kebesaran-Nya tiba-tiba nabi Musa tersungkur pingsan dan gunung Turusaina hancur sama rata dengan tanah. Allah Ta’ala tidak mengizin hamba-Nya melihat Dia di alam dunia.

Allah Ta’ala bercakap dengan nabi Musa di belakang hijab ataupun Allah Ta’ala mengutuskan utusan-Nya iaitulah Jibril AS yang membawa wahyu kepada rasul yang dilantik. Ada rasul-rasul yang boleh melihat malaikat Jibril dan ada rasul-rasul yang tidak boleh melihat malaikat Jibril.

Rasul-rasul yang boleh melihat malaikat Jibril ialah Muhamad, Isa, Musa dan Zakaria. Adapun rasul-rasul yang lain mengikut Ibni Abas diwahyukan melalui ilham ketika tidur.

Jibril datang menemui nabi SAW kadang-kadang dengan suara berdengung macam dengung loceng didengar oleh nabi SAW apa yang dibaca oleh malaikat Jibril. Kadang-kadang Jibril datang dengan dilihat oleh nabi SAW yang tidak dapat dilihat orang lain yang berada disisinya. 

Kadang-kadang Jibril datang berupa orang yang tidak dikenali dengan rupa yang bersih dan kacak. Setelah Jibril berundur baharulah diberitahu itu adalah malaikat Jibril.
Kadang-kadang dia datang dengan rupa seorang sahabat, sebenarnya bukan sahabat tetapi malaikat Jibril. Kadang-kadang dia datang dengan rupa yang asal dan dilihat oleh Rasulullah SAW.

Itulah cara Allah Ta’ala menyampaikan wahyu kepada rasul-rasul-Nya dan ini berita yang benar. Ulamak-ulamak orang Yahudi memberitahu ini betul sungguh menandakan nabi Muhamad SAW adalah nabi yang dilantik oleh Allah Ta’ala. Sepatutnya mereka masuk Islam tetapi yang degil tetap degil kerana pangkat kerana bila masuk Islam akan menerima kesusahan.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment