Tuesday, November 8, 2016

AMARAN KERAS KEPADA ORANG MENINGGALKAN PUASA




Ada hadis-hadis yang memberi amaran keras kepada orang yang meninggalkan puasa.
Antaranya ialah:

Sabda nabi SAW maksudnya, “Dan daripada Ibni Abas RA bahawa Rasullah SAW telah bersabda urat nadi agama Islam dan rukun agama ialah tiga perkara yang sangat penting, di atasnya dibina Islam itu. 

Sesiapa yang meninggal satu daripadanya maka dia menjadi kafir, halal darahnya dijatuhkan hukuman bunuh kerana murtad iaitu mengaku tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, menunaikan sembahyang lima waktu dan puasa Ramadan”. Hadis riwayat Abu ‘Ala al-Dailami dan Asp-Zahabi mengatakan hadis ini hadis sahih.

Menunjukkan barang siapa yang membatalkan dua kalimah syahadat menjadi murtad. Mengikut hukum Islam orang murtad diberi amaran kepadanya dalam masa beberapa hari. Jika degil dijatuhkan hukuman bunuh kerana menafikan dua kalimah syahadat.
Begitu juga orang yang mengatakan sembahyang lima waktu tidak wajib maka menjadi murtad. Selepas diberi amaran dia berdegil maka dijatuhkan hukuman bunuh.

Begitu juga orang mengatakan puasa Ramadan tidak wajib menjadi murtad dan hukumannya bunuh.

Ini adalah hukuman yang disabitkan dengan nas. Hukuman ini dijalankan oleh kerajaan Islam, dibawa ke mahkamah dan dibacarakan. Ini menunjukkan wajib ada kerajaan Islam yang berkuasa melaksanakan syariat Allah SWT antaranya ialah syariat mewajibkan ibadat yang wajib dan mengharamkan perkara yang diharamkan.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Dan Abi Hurairah RA berkata bahawa nabi SAW telah bersabda sesiapa yang berbuka satu hari di bulan Ramadan dengan tidak ada kemudahan yang diberikan oleh Allah iaitu bukan kerana uzur nescaya dia tidak dapat mengqodarkan pahalanya walaupun dia berpuasa selama-lamanya, sepanjang hayat sekiranya dia mampu berpuasa”, riwayat Abu Daud, Ibni Majah dan at-Termizi.

Mengikut sanat yang lain barang siapa yang berbuka satu hari dalam bulan Ramadan tidak dengan sebab uzur, dia tidak boleh mengqodar puasanya untuk menampung pahala walaupun dia berpuasa sepanjang hayatnya. 

Wajib kena qodar puasa tetapi tidak dapat mengganti pahala puasa yang sengaja ditinggalkan itu walaupun dia berpuasa sepanjang hayat.

Orang lelaki dan perempuan yang tidak boleh berpuasa kerana uzur diberi juga kepada mereka pahala ibadat pada masa mereka uzur sebagaimana lazimnya mereka mengerjakan ibadat semasa sihat. Jadi mereka tidak rugi. Ini adalah hadiah daripada Allah SWT.

Di sisi sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan tidak dengan sebab sakit dan uzur lebih besar dosanya daripada berzina, daripada minum arak dan diragui ke-Islamannya, kerana penzina dikenakan hukum hudud dihapauskan dosa, dia bertaubat dihapuskan dosa. Begitu juga orang yang minum arak dikenakan hukum hudud dihapuskan dosa dan dia bertaubat dihapuskan dosa. 

Puasa adalah salah satu hukum Islam. Jadi kesalahan tinggal puasa dengan sengaja lebih besar lagi daripada hukum haram berzina dan haram minum arak.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment